Tuesday, June 22, 2010

TRIFFLE SEMPOI

ntah hapa angin lak, tetiba tekak terasa nak makan trifle, selalu Trifle nih kalau open house raya jer selalu jumpa hahha...sempoi nyer aku, memang tak pernah cuba buat kat umah pun, dah ader idea kita pun carik ler resepi trifle yang paling sempoi kat internet( sebab tuh jadi nama nyer trifle sempoi). Yang nih rasa-rasanyer ambik dari resepi kak hanieliza tuh jer..senang..tapi tengah2 buat jeli plak tak cukup..haha so paki jer lah serbuk agar2 tuh, kesudahannyer ader trifle tuh  yang lapisan atas keras lah sket.. next session would be better lah gamak nyer... Sebab tak ramai kat rumah nih time week days, so buat lah dalam  bekas plastik kecik2 tuh dan sedekah kat kawan2..



TRIFLE
Bahan-Bahan
 1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah (guna swissroll pandan )

1 tin fruit coktail ( guna nenas cube)

1 gelas susu cair

2 gelas air

1 sudu esen vanilla

3 sudu makan tepung kastad

2 – 3 sudu makan gula

1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry
Cara Penyediaan

Lapisan kek
1. Potong swissroll  ke 1” dan susun dalam mangkuk besar

2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.

3. Taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Lapisan  kastard :-

1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.

2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Lapisan Jeli :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukk


No comments:

Post a Comment