Thursday, May 13, 2010

Kek Kukus Alwani

Sekarang ader lah sedikit kerajinan nak memasak kek2 nih balik alhamdullilah, itu pun setelah sekian lama dalam hiayus state, atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Buat kek nih masa jamuan makan kat rumah abang di Salak. Mak kata kek lapis2 nih memang menyeksa diri, aper tak neyr kena tunggu satu2 nak melapis nyer baru boleh buat kerja lain. Tapi sebab sedap kan dan tekak sendiri yang nak makan kena lah jugak merajinkan diri. masa kukus kek nih memang ader letak kaler merah, tapi ntah cam maner kaler merah tuh bertukar cam oren or coklat..ish ishhh..hilang sket seri kek ku ini.

Saja buat 11/2 adunan sebab nak ader lebih nak buat kek kukus comel cam kat bawah tuh..letak oreo ... mari lah sama2 layan mata ..rasa resepi nih dari MYR lah jugak seperti biasa. terima kasih yer kawan2 penyumbang resepi asal.

Resepi asal untuk dulang pembakar 6 inci yer..



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum

1/3 cawan horlicks

5 biji telur A (pada suhu bilik)

200 g marjerin (mentega pun boleh)

1/2 cawan gula halus

1/3 cawan susu pekat manis

kismis hitam secukupnya (dihiris) (stok dah minimun tuh yang tak nampak lam lapis kek tuh, cam malu2 jer)

1 sdt esen vanilla

pewarna hijau, merah dan oren ( pewarna merah ku telah bertukar menjadi oren..bila kukus kenape eks?)

Cara-cara  Penyediaan:

Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.

Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.

Pukul marjerin/mentega dgn gula sehingga kembang dan putih. (high speed)

Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. (low speed)

Masukkan susu pekat dan putar lagi. (low speed)

Masukkan tepung dan putar hingga sebati. (low speed)

Masukkan esen vanilla. Ratakan.

Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.

Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak cair. ( part nih selalu fail sebab saya selalu ikut suka hati jer bila bab melapis kaler2 haha..tuh yang kadang2 tunggang langgang jer susunan)
Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.

Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul2 masak.

P/S : Nih pulak ader baki2 yang kaler ijau tuh, atas permintaan anak buah letakkan dalam loyang kecik dan letakakn biskut oreo kat atas haha jadik ler kek kukus oreo plak , budak2 memang suka makan yang cam nih eks..lawa gak kaler ijau ngan hitam ahaks...

No comments:

Post a Comment