Burger Tuna Ala Labu



Soalan cepu-emas di keluaeran kali ini "siapakah budak comel diatas"...hahah..jgn mak dier marah aku ambik anak dier buuat model tuna burger sudah ler... jawapn nyer..itu adalah Nurul Iman, anak ateh aku yang bongsu, kena paksa  posing dengan tuna burger itu..sampai senget2 mulut dah , tunggu induk snap gambar yer...

Al-kisah nyer aku nampak 2 tin tuna ayam brand tuh dah berape lama terkonteng2 dalam almari tuh, jadi aku oun buat dua projek nak menghabiskan stok nih. Nih yer lah projek aku yang pertama...projek yang kedua..pu n dah selamat berjalan..tapi akakn dipamerkan disini di keluaran akan datang yer.. Jom layan resepi untuk tuna patties atau tunna burger ini.. ala2 burger versi veggei lah kot...

Bahan-Bahan


3 biji kentang, dikupas dan direbus empuk

1 cawan serbuk roti (breadcrumb)

Bahan A
2 tin tuna (185 g),
-guna Ayam Brand , yang ader mayonise tuh., (kalau nak fguna yang dalam brine or oil pun ok, tapi  ditapsi dulu  ler)

1 biji telur, dipukul

1 biji bawang besar, didadu halus

1/2 biji cili benggala  merah - didadu ( kalau nak guna hijau ker, oren ker ok gak)

garam dan lada hitam sebagai perasa

Untuk hidangan
4 biji roti burger
1 biji tomota, dihiris nipis
4 keping daun salad

Cara-Cara Penyediaan:

1.Kentang direbus dan dilecek.

2.Campurkan semua bahan A dan gaul rata. persana dengan garam dan lada hitam. Nak letak lada sulah pun boleh. masukkan kentang lecek dan serbuk roti. Uli sebati dan bentukkan menjadi kepingan nipis (patty).

3. Simpan sebnatr dalam peti-ais/freezer, dlm 30-40 minit supaya patties tidak mudah pecah semasa menggoreng.

4.Gunakan kuali leper dan panaskan 3 sudu minyak. Goreng kepingan tuna sehingga garing, pastikan tuna betul2 masak sebelum diterbalikkan.

5. Boleh dihidangankan ala2 makan burger yer seperti model diatas.


Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka