Monday, May 10, 2010

African Marble Cake

African Marble Cake

Kek nih sangat femes lah di kalangan blogger masakan nih, mudah dan sedap..seperti biasa resepi bahan2 nyer adalah samer jer, cuma bila part nak mecorakkan tuh jer yang lain, terpulang kepada tekak dan kerativiti masing2 ler yer. kat sini kita guna pandan paste dan coklat emulco.kek nih a bit light rasa cam roti pun ader.. It has a nice crust on top bila dah masak, i like.Thanks kepada tuan empunya resepi asal yer.

Bahan-bahan :

250 g Tepung naik sendiri

200 g gula kastor

6 biji telur

1 camb ovellate

1 camt baking pawder

2 camb susu pekat

50 g air

175 g butter - cairkan

coklat/pandan emulco

Cara  Penyediaan:

Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. satu bahagian letakkan emulco pandan dan satu lagi emulco coklat.

Tuang adunan  pandan  dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.

Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double). Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.

Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk mengelakkan kek dari mudah pecah dan berderai bila dipotong.

No comments:

Post a Comment