Tuesday, September 29, 2009

PUDING BELANG2



Dapat resepi yang sungguh sedap nih(kat tekak sendiri lah) kat MYR dari iezamel78. Sebenarnya memula buat bawak pergi rumah kakak kat shah alam, lepas tuh buat lagi dan lagi untuk tekak sendiri, tuh yang ader berbagai bekas tuh. Yang bentuk bulat comel dalam mangkuk tuh i makan sorang2 jer haha..abiss....diet ku.. Rugi kalau tak try. Di copy dari iezamel nyer resepi tuh tapi ader buat sedikit modification, telur tuh pakai 2 biji jer ( pasal malas nak guna kuning nanti takder org nak makan putih telur tuh ahha) dan tukar guna cawan instead of gelas.


Bahan-bahan
2 cawan air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 cawan susu segar
2 biji telur (original pakai 3 biji kuning telur)
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula

Cara-cara Penyediaan
1.Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
2.Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
3.Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan. Jagan lupa tapis sebab kalau tidak nanti ader berketul adunan tuh dan nampak tak licin puding bila dah keras.
4.Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
5.Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk baru masyuk nak makan.


p/s yang bulat comel nih i dah habis makan sorang....

Thursday, September 24, 2009

Bungaan Dan Orkid

Kali nih edisi keluar tajuk dari memasak .meh tengok antara bunga-bungaan dan orkid yang dijaga dengan penuh tekun oleh bonda ku ini, anak dier kadang2 jer rajin nak jadik green fingers nyer..


nampak nyer banyak orkid kat rumah nih kaler purple rupa nyer..huhhuhu baru perasaan..




Putih itu suci..( ehhe cam ayat jiwang plak)..tensen ambik gambar yang nih kurang menjadi plak keayuan orkid tuh...






Bunga kertas...ader kaler2 lain tapi sempat ambik kaler purple jer..







orkid harimau..sebab belang2 cam sang belang itu..nama betul tak tau hehee... (cuba check i/c kot heheh)




Nih orkid mak tanam lagi..tak tau nama aper orkid nih... cantik combination yellow and purple. Stalk dier panjang.




Yang nih rasa nyer, orkid yang palling common jumpa kat mana2 rumah..the colour purple dan tahan lama di tangkai..


Nih bunga pokok misai kucing, subur pokok nih..2-3 bulan skali nak kena trimmed. Emak guna daun dier rendam dalam air dan buat minum.




Inilah bu nga kebangsaan kita, bunga raya merah.. yang best part daun nyer pun kaler pink dan kekuningan.



orkid putih nih jenis yang menumpang (orkid hutan) yang nih hidup subur letak kat batang pokok rambutan..berbunga jarang2 tapi kalau berbunga akan kembang waktu pagi jer..gambar nih ambik masa nak pergi keje dalam pukul 7.30 pagi..





bunga raya kaler purple nih... kalau berbunga tak banyak sekuntum dua jer...dulu tanam dalam pasu jarang nak berbunga alih kat tanah baru nampak bunga nyer


Sekian ..walaupun ader lagi gambar2 flower2 ku ..tak sompek nak upload lam nih..layan mater jer lahh apa yang ader yer,....

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


Kepada semua pembaca and followers of this blog, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri dan maaf dipinta sekiranya ader kata atau ayat2 penulisan yang terkasar atau menyinggung perasaan mana2 pihak.


Bulan ini adalah bulan yang sungguh sibuk , so harap paham2 ler sebab blog lama tak di update.Kepada kenkawan yang meninggal kan kad raya untuk di kutip kat blog masing, ampun bebanyak ader kelapangan nanti akan diambil jua.


Jumpa lagi selepas raya. Berhati-hati di jalan raya.


P/S: den raya kek Labu yoo..

Friday, September 11, 2009

Raisin Scones


Was browsing thru the recipes at this website and interested to try out the scones recipes. Simple ingreadients (all in ur pantry), but instead of huge slices of scones , I shaped it into bit sized biscuit types instead,making it easir for the smaller nephews to handle (meaning leaving crumbs all over the place).Also, you can subs the raisin with other dry ingreadients like chocolate chips or dates. Once they get home asked the mother to bake the same like Autie Ana did and to be eaten with strawberry jam too..awwww....( that must be a compliment then !). Try this scones, it sure rock!.Adapted and edited from Grandma Johnson Scones at Allrecipes.com


Ingredients
1 cup sour cream ( i sub with buttermilk instead)
1 teaspoon baking soda
4 cups all-purpose flour
1 cup white sugar
2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon cream of tartar
1 teaspoon salt
1 tsp. vanilla essence
1 cup butter
1 egg
1 cup raisins / dates
Condensed milk for glazing


DIRECTIONS
1.In a small bowl,combine the sour cream and baking soda, set aside. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).

2. Mix the butter (room temp.) with the sugar , beat the egg with vanilla , and add to sugar & butter mixture.

3. mix well the dry ingredients and then add them to the butter/sugar/egg/vanilla, just to get all together, do not overmix.

4. Add the Sour Cream w/baking soda, again, do not overmix, just until everything is lighly moistened.Mix in the raisins.

5.Turn dough out onto a lightly floured surface, and knead briefly. Roll or pat dough into a 3/4 inch thick round. Cut into 12 wedges, and place them 2 inches apart on the prepared baking sheet. You can also glazed the top with milk and coloured sugar. (somewhat my dough was a bit sticky , so i just scoop a spoonful of dough onto the baking sheet and flattened them out with bottom of glass, much like drop cookies, anyway these bite size are easier to handle by the nieces and nephews)

6.Bake 12 to 15 minutes in the preheated oven, until golden brown on the bottom.

7. Served this with jam and cream or just eat as it is, delish!

Wednesday, September 9, 2009

Kek Pisang - Resepi Umi-e


hari itu berjalan-jalan ke rumah Fiza Nordin,,belek2 resepi nampak ler resepi kek pisang yang asal dari umi-e nih. memandangkan dalam peti ais tuh ader ler 5-6 biji pisang yang dah siap dikupas, jadi berlaku lah projek kek pisang nih. Suka dengan resepi nih sebab bahan2 dier mudah dan car penyediaannyer pun tak bersusah payah (yang paling penting tak payah nak keluarkan mixer tuh , pukul guna senduk jek. angin malas melampau...nih). Mungkin kek aku terlebih tepung sebab tambah sedikit jumalah adunan dari yang asal, kek nih keras lah sedikit, tapi tetap sedap. Buat dua versi satu buat dalam bekas cupcake (sajer bakar sampai sedikit berkerak then makan panas2 sungguh masyuk tuh!), then sebijik kek yang dibakar dalam loaf pan. Selalu nyer bakar dalam loyang bulat biasa (alumanium pan) letak suhu pada 175 celcius selama 40 minit, jadi aku buatlah yang sama pada kek nih..terlupa yang amat kalau guna non-stick baking pan( yang berwarna hitam tuh) suhu sepatut nyer diturunkan sedikit dari yang asal. Hasil nyer kek tuh jadik terlebih berkerak lah plak. Satu keje nak mengikis kerak yang tebal itu..alhamdullilah masih boleh diselamatkan dan dimakan. Peringatan kepada diri sendiri untuk next time nih.

p/s: gambar2 kali nih kurang jelas sebab gunakan kamera HP, digital kamera ku rosah..sedih sungguh, hantar kat kedai still tak tahu boleh dibaiki ker tidak...

Resepi nih kita copy paste dari Kak Umi-E jer..kita share2 yer kak... cuma tukar kan kepada 1/2 cawan gula dan 1/2 cawan gula perang.


Bahan-bahan
4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam

Cara-cara
1.Pukul telur dan gula hingga kembang
2.Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul
3.Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi
4.Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
5.Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak
6.Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak

p/s :jgn menderhaka lebih pada resepi kang tak jadik,,sapo nak makan :)

Monday, September 7, 2009

Kuih Rengas @ Kuih Kacang Hijau


Teringat masa sekolah rendah dulu, kalau masa rehat jer mesti pergi kantin pergi beli kuih nih , masa tuh panggil kuih kacang jer...sedap sangat banyak kacang hijau , siap beli sampai 2-3 keping kenkadang sampai bawak balik rumah lagi. Sekarang kalau beli kat pasar malam ker pasar tani ker.. lebih kelapa dari isi kacang hijau tuh so kurang lah syok nyer...
kenkadang tuh kalau ader lebih buat bubur kacang, mak keringkan , letak tepung dan kelapa sikit leper2 kan, celup ngan batter dan goreng..lagi best kalau belen2 bubur kacang durian kan... bak kata mak den, resepi nih tutup mata pun leh siap..so kalau korang nak buat tutup mater jer mesti siap..ehhehehehehe. Kuih kat dalam gambar nih versi orang malas nak buat bater , jadi goreng pakai tepung goreng pisang ADABI jer lah..tambah kunyit ngan garam sket yer..


Bahan-bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha] -kadang2 tak letak pun
3 s/b tepung gandum
Bahan Batter
1 cawan tepung beras
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Cara-Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. Janagan leka dan biar sampai hangus sudah ( pernah terjadi kepada diri sendiri !)
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter , tambah air secukup cair jer... kunyit nak bagi kaler menarik sket
5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan dan makan beramai-ramai.



Saturday, September 5, 2009

Meatballs



Meatballs..meatballs..once a month I will have this craving for meaty juicy meatballs...dripping with sauce! Where do you get meatballs here in Nilai..either to Secret Recipe or to a lesser degree at Pizza Hut (the last resort). When the mood strike I will head over to the supermarket and search for minced meat or fresh meat, then once at home will transform them into my kind of meatballs.Lots of meat and baked in the oven..and I can add anything i like to these. usually I will baked a large quantit and freezed them in containers, ready to be taken out and dressed either into spagethi meals or drenched with sauce.
Well, here's one of my fave recipe for meatballs , sourced from AllRecipes.com.

Ingredients

600 g ground beef
3/4 cups dry bread crumbs
1/2 can cream of mushroom soup
2 eggs, lightly beaten
2 tablespoon mustard
1 big onion -cubed
1 green bell pepper
italian herbs, salt & pepper to taste
some grated cheese (if you wish)


DIRECTIONS
Preheat an oven to 350 degrees F (175 degrees C). Line two baking sheets with aluminum foil and lightly grease.
Mix together the ground beef, bread crumbs, cream of mushroom soup, eggs, cheese, onion and all the herbs. Shape the mixture into balls about the size of a golf ball. Arrange on the prepared baking sheets.
Bake in the preheated oven until no longer pink in the center, about 30 minutes.
You can also fry these babies in oil, for that extra crunchy taste.


Wednesday, September 2, 2009

Agar-Agar 3-Pelangi



Mintak maaf lah..lately nih..my schedule sungguh penuh...sempat masak2 pun tak dan nak upload dan updatekan blog ku ini...terbiar sepi seketika (haha jiwang lah sat). tengok2 kat blog2 geng MYR ramai yang duk melayan kaler2 pelangi nih... ari tuh ader sedikit kelapangan pun di cuba ler..tapi disebabkan malas nak menunggu dan melapiskan2 kaler2 pelangi itu..agar2 ku jadi Tri-Color rainbow jer lah gamak nyer. Buat 2 stlye satu letak dalam acuan plastik yang kecik2 dan satu lagi dlm loyang besar 4 segi tuh (punyalah besar dapat sampai 2 hari makan tuh).

Yang buat acuan kecik elok jer melekat lapisnyer , buat acuan 4 segi ader yang tak berlapis betul..sedikit tension di situ..tapi tak per..cubaan pertama tuh..kira boleh ler... Sebab kat rumah agar2 serbuk dah habis ( ker tak jumpa dalm bekas2 plastik ku yang banyak itu ..ntah ler..), buat pakai agar2 tali jer , jadi dier ader sedikit keras dan kenyal berbanding guna agar2 serbuk..jadi resepi nih telah di-edit dari yang asal. Mintak maaf yer empunya asal nyer... ( kita suka kaler merah..jadi sungguh meriahlah merah dalam pelangi ini)

Bahan-bahan

Bhn A
26g agar2 tali

7 cawan air (guna lebih kalau terlalu pekat)
11/2 cawan gula
Bahan B
1 kotak santan 200ml
1 biji telur
pewarna hijau
Bahan C
1 cawan susu cair Ideal
pewarna merah

Cara-Cara Penyediaan

1.Masak agar-agar bersama air dan gula sampai agar-agar hancur. Kemudian tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian.
2.Pukul santan bersama telur sehingga sebati. Tuang ke dalam Bahagian pertama (dalam periuk kecil) dan letakkan pewarna hijau.Kacau , tapis dan biarkan panas secara double boil.
3.Masukkan susu cair ke bahagian 2 dan tuangkan pewarna merah. kacau , tapis dan biarkan panas secara double boil juga.
4.Nak melapis tuh, ikutlah cara dan kesabaran sendiri..sebab tuan rumah tak sabar buat 3 4 lapis jer..yer..Jgn lupa untuk melorekkan lapisan agar2 yang telah keras seblum melapiskan dengan lapisan lain, ini untuk mematikan kan yang dua lapisan tuh meletak dan tak jadi sekeping2 (macam tuan rumah punya haha)