Wednesday, December 23, 2009

Kek Kukus Lapisan Bumi

Seperti biasa godek2 jumpalah resepi kek kukus nih kat MY Resipi gak, resepi asal dari sofinar yer, saya linkkan kat sini. Sebetul nyer lapisan kek nih patut nyer warna hijau dan kuning , tapi sudah ikut kaler sendiri....asalkan namapak lawa ok dah rasanyer. Resepi ini seperti biasa telah dimodifiedkan sket ikut selera tukang masak, mintak halal yer tuan yang asal. memandangkan ader lebih2 haw flakes, letakkan jer kat lapisan atas skali nak bagi nampak comel, resepi asal kosong jer eks... sekarang nih tenagh dilanda penyakit kek kukus lapis, abis serata internet duk mecarik-carik time tengah rajin nih... layan lah mata sambil layan resepi yer.. kek nih moist, gebu dan memang lazat, boleh jugak dipelbagaikan perisa tuh kalau suka, tambah milo atau horlicks.


Bahan-bahan

5 biji telur ayam
1/2 tin susu pekat manis ( susu tin kecil) kalau tin besar lebih kurang 1/4 tin kot
150g serikaya
1/2 gelas gula halus
11/2 cwn tepung 
250g mentega
1/2 sudu teh esen ros
2 sudu makan nescafee
1 sudu teh baking powder
pewarna hijau atau kuning

Cara-cara Penyediaan

1.Panaskan pengukus, griskan loyang, saya gunakan loyang 4 segi.
2.Mentega dan gula dipukul hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati
3.Masukkan tepung, esen ros, baking powder, susu dan serikaya. kacau atau putar hingga sebati lagi.
4.Bahagi 2 adunan tadi satu bubuh pewarna hijau atau kuning, manakala satu lagi dengan serbuk nescafe
5. Sendukkan bahgian nescafe sebayak 2 senduk  ke dalam loyang dan kukus 5-7 minit, ulangi dgn lapisan bewarna dan kukus lagi 7 minit . Lapisan terakhir kukus 30 minit. Boleh lah letak haw flakes atas lapisan terakhir kalau suka yer.

No comments:

Post a Comment