Tuesday, December 15, 2009

Kek Kukus Haw Flakes







Setelah berkurun memerapkan  resepi kek kukus nih akhirnyer terlaksa lah jugak hajat yang besar buat kek nih.Tak ler sesusah maner pun buat, senang jek rupanyer, cuma yang nak melapis tuh jer kena menunggu lepas tuh biarkan jer bertutup sampai masak kan.Suka sangat sampai buat 3-4 kali dah siap buat bagi  buah tangan kat kenkawan. yang nih adalah percubaan pertama, agak keras sikit sebab susu tuh  tak cukup budget ( kes malas nak pergi beli  kat kedai ler). Buat 2 kaler pink dan kuning , tapi kan pembahagian yang tak seimbang , nampak kaler pink lagi banyak plak...keskes nasib baik sedap.. Lepas nih nak  buat lebih banyak lapis lah kot bagi nampak comel hahaha.. (memerlukan kesabaran yang tinggi nih). marilah mengukus beramai-ramai.Resepi nih seperti biasa ambik kat MyResepi jer..resepi asal dari kak Fida.

Bahan-bahan
( loyang 10x7 )

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)

225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)

220 g tepung gandum*(2 cwn rata)

1 sk rata baking powder*

1 sb ovalette

150 ml susu cair

1/2 sk garam

100 ml minyak jagung

1 sk esen vanilla

pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka

secukup hawflakes (saya guna yang 4 perrsegi besar2 nih beli kat YUMMY gak)

Cara-cara Penyediaan

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Cover setiap lapisan dengan aluminium foil untuk mengelakkan titisan air kukusan jatuh ke atas kek.

Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min ( saya tambah jadik 40 minit)supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... (ehhehe part nih kita wat ikut suka begini ler jadik nyer yer..)

Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


1 comment:

  1. Salam wahh lama x npk yeee..sekali kuar kek lapis mm lagi..cantik mm tu susah nak dpt yg segi empat...

    ReplyDelete