Friday, August 14, 2009

Puding Karamel

Sedap nyer dapat makan puding karamel kan kan.. tak caya cuba ler tengok gambar tuh sungguh menggiurkan..sejuk jer lalu kat tekak.. masa buat gula hangus nyer telebih air so tercair lah gula hangus itu. Nak masuk bulan puasa nih,selalu nampak puding karamel jual kat pasar2 raamadan tuh, harga ..ermmss boleh tahan ler. kalau buat sendiri pas tuh simpan dalam peti ais..makan sampai puas kan..
lagipun sekarang dah ader puding karamel instant yang cuma tambagkan susu panas..tapi karamel nyer still kena buat sendiri gak.. pada yang takder kukus tuh aper kata cuba buat style bakar dalam oven. Selamat menjamu selera..


Karamel
3/4 cawan gula
1/3 cawan air
Custard
5 biji telur
1/2 cawan susu pekat (kalau tak suka manis kurangkan)
1 tin susu cair
1 sudu teh tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Cara- Cara
1. Panaskan kukusan.Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2. Dalam periuk, cairkan gula sehinggan bewarna perang, masukkan air panas dan kacau sehingga cair (liquidfied). Tuangkan ke dalam acuan souffle atau apa2 acuan. Ketepikan
3. Pukul telur seketika, masukkan susu cair dan susu pekat dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan tepung kastad kacau.
4. Tuang kan ke dalam acuan souffle tadi, cover dengan alumanium foil. Kukus selama 20-30 minit.
5.Sedap jugak dimakan bersama fruit cocktail.
p/s : Boleh juga dibakar dalam oven menggunakan kaedah bain-marie selama 45 minit. pada suhu 175 celcius.Sejukkan sebelum dikeluarkan dari bekas.

No comments:

Post a Comment