Thursday, August 6, 2009

Kek @ Cupcake Durian




Sekarang dan hujung-hujung musim durian, buah pun dah habis gugur yang tinggal banyak ialah kulit durian haha... ayahku kumpul2 dan dibakar atau dibuat baja (organik gitu eks). Masa belek2 dalam freezer tuh jumpah 1 bekas tupperware yang ader isi durian yang dah dipuri. Memula ingat nak buat cekodok durian, tapi bila surfing resepi kat blog2 nampak plak Kek Durian tuh..wah nih sudah bagus. Anak buah ku Hanaan macam tak percaya durian boleh buat kek, siap tanya boleh makan ker kek tuh nanti..ceh memperkecilkan kebolehan ku betul (haha masuk bakul angkat sendri nih).

Jadi aku usahahakan jugak dari satu bekas durian menjadi sebijik kek dan bebberape biji cupcakes..ahakss.. resepi nih diolah untuk ikut tekak sendiri jugak seperti berikut yer :-Memandangkan semua orang tak sabar nak rasa kek tuh, so buat lah guna bekas cupcake bakar dalam elektrik oven aku yang comel tuh, gatal2 tangan plak tambah cekelat chip kat atas. oHHHHHH..kek ini sungguh moist dan gebussss tau..jangan tak cuba. lepas ambik gambar2 cupcake lupa plak nak ambik gambar kek yang sebiji bila dah siap tuh..jadi korang bayangkan ajer lah eks...

Bahan-bahan

200 gm mentega

4 biji telur

3/4 cawan gula castor

1 cawan isi durian (dipuri, boleh dicapur dengan sedikit susu)

2 cawan tepung naik sendiri

2 sudu teh soda bicarbonate

1 sudu teh garam



Cara-Cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul rata setiap kali telur dimasukkan

Ayak tepung naik sendiri dan soda bikarbonate. Gaulkan garam ke dalam tepung Masukkan tepung sikit demi sikit berselang -seli dengan isi durian sehingga habis.Pasti kan tidak terlebih gaul atau overbeat (nanti kek jadik berat)

Ratakan dlm tin 20 cm bulat yg dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.

Bakar pada 170 C selama 40-50 min atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment