Thursday, June 18, 2009

Sambal Sotong Bulat




Sesekali kita tukar selera dari yang manis2 ke pedas2 plak eks..orang negori lah katakan ,,

Sekarang nih musim sotong kat laut gamak nyer..masa bercuti2 ke Pulau Tioman baru2 sekali tengok orang kat sana menaikkan sotong berbaldi2 besar2 pulak tuh. Apa2 pun my peberete is sotong goreng tepung (yang paling best kat Seaview ,Bagan Lalang). Tapi kat umah den plak yang paling laku yer lah sambal sotong bulat cam gambar nih..jangan lupa letak bawang besar banya2 yer. Amboii.. berasap tinger layan nih..jemput...Nih resepi omak den Hjh. Zainab tuh..



Bahan-bahan
1 kg sotong (aku suka potong bulat ala2 cincin nih)

1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]- lobih pun tak apo

1/2 cawan jus asam jawa

garam

gula

minyak

Bahan kisar

20 biji cili kering

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm belacan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.

2. Masukkan jus asam jawa . Kacau rata.

3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.

4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata. Tambah air kalau terlebih masam atau pedas. Adjust secukup rasa ler

5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.

6. Hidangkan dengan nasi panas.

1 comment:

  1. Sedapnya lauk nie.. kat umah pun selalu gak buat sambal sotong, kalau yang lain tak berapa jalan.

    ReplyDelete