Bengkang Roti Berdaging


Resepi nih ada ala2 meatloaf mat selleh ler kira nyer. Asalnyer nak menghabiskan ayam cincang belen2 buat shepherd pie ari tuh. Senang jer campur2 semua godak2 letak lam oven sampai masak. Makan panas2 sodap kojap yo licin eh.Resepi nih jumpa kat Majalah Saji Keluaran Khas Julai 2007.

Bahan-Bahan
5 keping roti (dicarik sedikit)
2 biji telur
150g sayuran campur (mixed veggie)
100g cendawan butang
50g bawang goring
½ cawan tepung gandum
1 ¼ cawan susu segar
80g keju cheddar Sagat
2 sudu besar marjerin
Bahan Daging
250g ayam /daging kisar
2 sudu besar serbuk kari
Gam dan gula secukup rasa
1 labu bawang besar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)
½ sudu besar lada hitam (tumbuk)

Cara Penyediaan:-
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga perang dan naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam hingga garing, masukkan serbuk kari. Kacau hingga mesra.Tuangkan sayur campur dan cendawan butang. Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam.Sejukkan.
2. Pukul telur sedikit dengan susu segar. Masukkan roti yang dicarik dan biar terendam seketika.
3. Tuangkang daging tumis ke dalam adunan ini. Kacau. Diikuti tepung gandum, bawang goreng, keju dan marjerin.Gaul rata.
4. Sapukan mentega pada dulang pembakar (saya guna dulang 4 segi). Masukkan adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 celcius.

**Kalau adunan pekat dan sukar diadun sebati, tuang lagi sedikit susu, tapi jgn terlalu cair

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2