Friday, June 19, 2009

Pandan Yogurt Cupcake



Cuti sekolah yang lepas ramai lah anak2 buah yang datang bermalam kat rumah. Dia orang nih punya keje duk main2 laptop game, golekkan kusyen tgk channel Disney lepas tuh suruh Induk goreng sausage dengan roti. Yang dua beradik haikal dan Hakimi pulak suka sesangat nak tolong bila Induk dier start baking kek2 nih ( ermss ader minat nak ganti Chef Wan..hehe). Kali nih belek2 pantry tgk ader yogurt lagi yang dah nak expire, then belek2 resepi jumpa plak Pandan yogurt Cupcake nih, mintak maaf lah kepada tuan empunya resepi sebab tak tau dah potong kat maner resepi dan letak dlm collection saya nih. Apa pun terima kasi sebab sangat sedap dan lembut, sebab dier guna yogurt kek agak berat so tak lah naik kembang yer.
Bahan-Bahan
11/2 cawan tepung serbaguna
11/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
2 biji telur
3/4 cawan Plain Yogurt (perasa asli yer)
1 sudu teh pandan Emulco
Pewarna hijau
1/4 cawan air (emolco pandan, pewrna dan air nih dicampur kan)
Penyediaan:
1.Pukul butter dan gula hingga kembang. masukkan telur satu per satu hingga sebati.
2.Masukkan campuran air pandan, kacau. Masukkan yogurt berselang seli dengan tepung. pastikan diakhiri dengan tepung jugak.
3.bakar selama 25-30 minit pada suhu 170 celcius atau sehingga masak.

Ni lah idea bebudak tuh tgk ader lebihan chocolate ganache, so terus taruk atas cupcake, dia orag nih kurang suka buttercream or icing. Bagus jugak idea nih memang sedap wo pandan dan coklat! Tak sempat nak deco lawa2 siap jer 10 minit dah licin. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment