Pengat Jagung dan Keledek



Masa on the way balik dari Mersing ari tuh, ternampak gerai berjual jagung madu kat tepi jalan nih, tergoda dan terbeli lah beberape batang jagur segar. Katanya jagung madu, ermss tapi dah tua sikit nak di rebus pun keras jugak, pikir2 buat bubur jagung pun sedap ( lama dah ku idamkan sebenarnya).Tengahari tuh singgah di Jusco beli barang nampak plak Japanese Sweet potato nih, so oleh kerana dasar nak merasa beli lah 3-4 ketul. maka tercipta lah bubur jagung campur keledek nih hahah :)
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
3 batang keledek, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
5-6 sudu besar gula (ikut manis)
1 biji gula melaka (di potong kecik2)
1 mangkuk kecil santan pekat
1- 1 1/2 mangkuk kecil air
1 cawan biji sagu, direndam (optional-tak letak sebab abis stock)
2 helai daun pandan disimpul
1/4sudu teh garam (optional)
Cara-cara
Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga hampir empuk. Masukkan jagung yang dah dibersihkan (sebab jagung cepat masak.), biarkan selama 10 minit.Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
Kemudian masukkan gula melaka, gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak. Hidangkan panas atau sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


**sedikit info mengenai nutrisi yang terdapat dalam jagung-
A few of these important nutrients are:
Thiamin (vitamin B1) which is used in the metabolism of carbohydrates.
Pantothenic acid (vitamin B5) which helps with physiological functions.
Folate which helps the generation of new cells � especially important before and during pregnancy.
Vitamin C which fights against diseases

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2