Kek Seri Pandan



kenapa saya suka kek pandan..sebab warna hijau ini sungguh menawan..betul tak?? Anyway nowdays the keyword is GREEN.. so eat something green lah. Really the truth was that I need to finish off satu kampit kelapa kering baki2 buat biskut kelapa dulu ( dont asked me the exact date dah lupa, sib baik elok lagi). Kek nih memang sedap dan lembut, kalau nak terasa pandan lagi pakailah pati pandan yang asli( guna daun pandan dan diblend , ambik patinyer). Rasanyer bila guna santan kelapa, yang rasa lemak tuh sungguh menggoda. Pun boleh nak tukar guna susu biasa.terpulang pada kesukaan dan kreativiti masing2 gamaknya. Resepi nih ambik dari blog Puan Zaliana (jopurnal rasa).Dulu pun pernah cuba buat KEK PANDAN resepi yang lebih kurang macam nih, sila tengok di catatan yang lalu yer.
Bahan-Bahan
250 gm butter/mentega (1 buku )
200 gm gula kastor
4 biji telur gred B
250 gm tepung kek/superfine (Tepung gandum biasa pun ok)
100 gm santan segar (guna santan dlm kotak jer)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil pes pandan (pandan emulco)
1 sudu kecil pewarna hijau epal
50 gm kelapa kering
1/2 sudu kecil gliserin (lekit cam majerin , kaler oren jernih)
Cara-Cara
1.Panaskan oven ke 180 celcius. Griskan loyang pembakar (saya guna yang bulat 7 inci, dapat dua bekas)
2. Putarkan mentega dan gula hingga kembang dan berwarna krim. Masukkan gliserin dan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga mesra dan sebati
3. Masukkan kelapa kering, pewarna dan perisa pandan. Masuk tepung sedikit-sedikit dan berselang seli dengan santan . Gaul secara manual (guna senduk jer). Tuangkan adunan dalam loyang dan bakar selama 35-40 min atau sehingga kek tidak melekat bila dicucuk dengan lidi.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2