Tuesday, April 7, 2009

Chicken Salad With Pita Bread

Semalam adik aku beli KFC..teringinlah sangat nak makan..beli 3 ketul..makan berdua pun tak habis so..aku pun dapat lah idea nak buat salad pakai belen2 ayam KFC nih..terciptalah chicken salad ku yang tak berapa healthy nih..konon nak lebih berkhasiat sikit ..buatlah ala2 sandwich letak dalam roti pita ( kedai mari, lum ader keinginan nak try buat sendiri huhu).salad cam nih main campak2 jer..terpulang pada selera masing2. Nak lagi best letak lah daun salad dan hirisan timun nipis ( tak buat sebab takder stock lam peti ais da..). dan siap untuk dimakan ketika sarapan pagi..atau tapau untuk makan tengahari.. tapi kalau buat kat rumah seperti biasa aku sorang jer yang makan..sebab parents ku..tak layan masakan ala2 tekak mat salleh nih...

Bahan-Bahan:-
Kepingan ayam bakar/roast ( dalam kes ini ayam belen KFC jer)-potong dadu
2 biji kentang- direbus dan potong dadu
Sebatang carrot - dicelur dan dipotong memanjang
Sebiji Bawang besar- didadu
1/2 biji Lada benggal (merah/hijau)-didadu- I omit this
2 sudu besar mayonaise
1 sudu besar mustard
sedikit garam/lada sulah

Untuk Hidangan
2 keping roti pita
beberepa keping daun salad
hirisan timun

cara2:
Campurkan semua bahan dan gaul mesra. perasakan dengan garam dan lada sulah. belah 2 roti pita, letakkan kepingan salad dan hirisan timun, masukkan salad dan sedia dimakan.

No comments:

Post a Comment