Wednesday, April 15, 2009

One Bowl Chocolate Cake


Baru-baru teringat nak buatkan sebijik kek untuk untuk seorang teman, yang dah lama duk menjenguk gambar2 kek2 kat blog aku nih, hari tuh ader jugak aku bagikan belen2 kek carrot yang dibuat untk kawan sepejabat tapi cam tak puas hati jer kan. So satu malam tuh aku gagah kan jugak lah, belek2 carik resepi yang paling senang dimasak, petang tuh dah browse kat AllRecipes.Com cari2 jumpalah resepi coklat cake nih..bahan2 nyer pun semua yang standard2 jer (maknanyer kalau orang yang selalu baking2 nih bahan2 nih sentiasa ader lah dalam simpanan). Carik2 dulang pembakar yang besar sikit tak jumpa pla, so bakar lah dalam dulang 7 inci itulah sebabnyer kek tuh nampak sungguh membukit sekali, siap ader baki2 yang aku bakar dalam muffin cup jadi cupcake (rezeki kawan2 sepejabat jugak). So kalau korang rajin cuba jer lah resepi kat bawah nih. Satu lagi kek nih lebih sedap bila korangdah simpan semalam dalam peti ais, lagi terasa kecoklatan nya. kalau takder gula perang pakai jer gula kaster tapi boleh dikurangkan kepada 11/2 cwn jer..nanti manis sangat..
Bahan-Bahan
1 cwn gula kaster
3/4 cwn gula perang
1 cwn serbuk koko*
11/2 cwn tepung gandum*
11/2 sudu besar serbuk penaik*
11/2 sudu besar baking soda* diayak bersama
1 susu kecil garam
2 biji telur (A)-dipukul sedikit
1 cwn susu segar
1/2 cawan minyak sayur (guna Canola oil)
2 sudu kecil esen vanilla
1 cwn air panas (boiling water)
Cara-cara
1. panaskan oven ke 180 celcius. Alas dulang pembakar dan lengserkan dengan minyak
2.Pukul gula, tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam hingga sebati ( pukul pakai senduk kayu jer pun ). Masukkan telur, susu, minyak sayur dan vanilla, dipukul selama 2 minit. Tuang air panas, kacau seketika.Adunan adalah agak cair. Tuangkkan kedalam loyang pembakar.
3. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek tidak melekat bila dicucuk dengan lidi.
4.Sejukkan diatas redai selama 10 minit sebelum dikeluarkan. Hias ikut kerativiti. ( aku sememangnyer fail bab menghias2 nih)

2 comments:

  1. marvellous beb! marvellous!! thank u so much... i'm so touched! thank you, thank you!

    ReplyDelete
  2. nasib baik mood tengah rajin..kalau mood malas geget jari jer..kan ku tunggu mee goreng asah itu..tulur lebey arr

    ReplyDelete