Wednesday, December 17, 2008

Tart Telur

dah lama nak wat projek tart telur ler sehinggalah sampai satu hari yang tahap rajin maksima, satu petang ahad yang dingin (huhuhu). Tak puas hati bab nak wat kulit tart nih senget benget jer plak. Nak kena usaha lagi. Tapi dier nyer filing tuh banyak lebih lagi plak, so nak kena wat lagi satu round, this time guna puff pastry jer senang keja letak kan dalam muffin tin. Resepi filing ambik dari MYR, yang kulit tarat ikut satu resipe yang jumpa kat allrecipes.com. Yang ader hitam2 tuh sebab filing letak terlebih so overflow kat kulit tart , so berkerak lah. tak lawa dah tart den ha... akan diusahakan menjadi lebih canggih dan menarik. Pesan dari K.cik MYR filing tuh kalau nak smooth tapiskan dulu telur..ermss

Tart Base
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn butter , didadu kecil( straight from the fridge)
1/4 cwn gula icing
1 biji kuning telur
1-1/2 sdt ais sejuk

Masukkan tepung, gula, dan garam ke dlm doh mixer atau gaul guna tgn Sebatikan.
Masukkan butter dan gaul sehingga menjadi breadcrumbs. Masukkan telur dan iced water sedikit demi sedikit hingaa membentuk doh. Perap dlm peti sejuk untuk 30 minit.
Keluarkan dan potong megikut acuan tart. Blind bake for 5-8 minutes dan sejukkan.

Egg Filing
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tepung kastard
½ tsp vanilla essence ( nih dapat byk filing, i think if you want less, can halved this recipe)
Pukul telur dan gula hingga sebati. Campurkan bahan2 lain dan pukul lagi. Tapis filing sebelum guna. Tuang ke dalam acuan tart dan bakar hingga filing kekuningan, should be around 15 minutes.

No comments:

Post a Comment