Fudge Brownies


Buat brownies nih untuk bawak potluck ke ofis sempena christmas /new year luncheon baru2 nih dan jugak merasmikan dulang cutter yang dah beberape bulan dibeli tuh. Mungkin rumit sikit nak guna dulang cutter the first time masih kekok maybe dah a few times nanti expert sikit kot. Brownies nih rasa dapat dari footpages Mak Lang Ulam Pegaga tuh. Silap tgk resei so terlebih letak tepung samapi 11/2 cawan ler plak, tapi resepi nih sedap penuh ngan rasa coklat, kalau nak lagi best letaklah topping skali, masyukkkkk.. just the thing for the chocolate lover in all of us!

1 cawan butter/ marjerin , dicairkan
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cwn gula kaster
1/2 cawan gula perang
11/2 sudu besar esen vanilla
4 biji telur
11/3 cawan tepung
1 susu kecil serbuk penaik
1/2 susu kecil garam halus
1 cwn kekacang atau coklat chip ( saya guna coklat chip perisa strawberry, kaler pink)

Satukan serbuk koko dan butter yang dicairkan. Campurkan gula kaster dan gula perang dan telur, kacau sebati. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Masukkan tepung, garam dan sebatikan. Akhir skali masukkan kekacang atau coklat chips or both (lagi sodap). Tuang dalam tin pembakar dan bakar sehingga 40 minit dgn suhu 180 celcius. Jika mneggunakan loyang cutter, keluarkan bilah cutter ketika brownies dah masak dah masih panas. Hiaskan ikut kreativiti sendiri. Saya guna topping seperti dibawah

3 sudu besar butter, suhu bilik
3 sudu besar serbuk koko
1 susu besar madu
1 sudu kecil vanilla
1 cawan gula icing

Campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati dan boleh dituangkan ke atas brownies tadi. Atau boleh gunakan coklat masakan yang dicairkan.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka