Tuesday, December 30, 2008

Apam Mentega


salah satu kegilaan forumers kat MYR la nih duk buat apam mentega resipe kak fieza nih. Sungguh lazat dan berkrim plak..laku sungguh sampai dah 2 kali buat. First time buat mungkin gula hangus nyer kurang dan susu terlebih so warna dan rasa kurang menyengat. Tapi 2nd time buat excellent, mak siap kata leh buat jual lagi wahhh...Senang dan sedap.Orang lain pakai acuan kih lompang kita plak pakai acuan apam yang besar2 nih. so 2 ketul makan dah kenyang.

Nih resepi dari kak Fiza kita adapt untuk selera kita yer jgn marah...
  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/3 cwn fresh milk
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. perap selama 1/2 jam.
  6. panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.Alas tutup kukus dengan kain supaya wap air tak jatuh k atas kuih ketika mengukus

No comments:

Post a Comment