Wednesday, May 29, 2013

Lempeng Pisang Minum Malam


Dah lama mengidam nak makan lempeng pisang  buatan sendiri sejak rasa makan lempeng pisang kat FoodCourt bandar Baru Nilai hari tuh. Tengahari semalam  berkesempatan beli sesikat pisang berangan ( 2 kilo ) kat Nilai 3, separuh sikat  buat makan kat ofis dan yang separuh lagi bawa balik rumah.

Kebiasan ayah saya malam-malam gemar menonton bola tak kira lah  bola sepak dalam atau luar negara. Kebetulan sepatutnyer semalam ader perlawanan separuh akhir anatara Johor dan Pahang yang mana telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan. Khabarnyer  jumlah penonton yang melebihi kapasiti dan keadaan huruhara yang tercetus menyebabkan perlawanan telah ditunda. saya rasa itu adalah keputusan yang terbaik. Mungkin sekali akan diadakan di gelanggan yang berkecualai.  oopss melalaut pasal bola plak. Sebenarnyer lempeng  pisang nih sangat lah senang dan terdapat banyak variasi terpulang kepada empunya diri. saya menggunakan resepi  yang basic. saya suka lempeng saya nipis dan garing.

pisang berangan yang sangat menggiurkan pun sedap dimakan begitu saja


Bahan-Bahan
3 biji pisang -( saya guna pisang berangan-diramas hingga hancur)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa parut  ( yang putih)
1/2 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam

Cara2nya :
Campurkan kesemua bahan kecuali air dan gaul rata.masukkan air sedikit demi sediit sambil dibancuh adunan.Rehatkan selama 10 minit.
Panaskan kuali leper dgn api yg sederhana.
Tuangkan sesenduk kecik adunan dan ratakan dlm keadaan membulat( saya punya tak bulat pun freestyle jer).
 Biarkan bahagain bawah masak keperangan sebelum diterbalikkan.
Angkat dan hidang beralaskan daun pisang baru old skool.

 

lempeng pisang garing untuk minum malam ayah saya dengan secawan milo panas
 

No comments:

Post a Comment