Kek Coklat & Cream Cheese

 kek ini adalah ulangan dari semasa ke semasa sebab  enak dan mudah untuk dibuat, selalu buat untuk dibuat buah tangan kalau ader kenduri kendara rumah saudara-mara atau anak2 buah..gambar pun dapat ambil lepas kek dipotong2.. sukatan nih dapat untuk sebijik kek yang boleh muat acuan buat 9 inchi yer.Nyata nyer kek ini bagi saya sangat moist dan tidak berape manis. pasti tidak overcook untuk mengelakkan kek terlampau kering.
 Resepi asal nyer dari catatan awal disini, kali ini diolah lagi mengikut kesusuaian bahan juga.

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bicarbonate  - bahan2 ini diayak bersama


1 sudu besar serbuk nescafe  - dibancuh dengan 2 sudu besar air panas

5 biji telur Gred A
1 cawan gula kaster
1 cawan gula perang
250 gram buttercup/mentega
1 cawan susu cair

250 gm cream cheese
1/4 cawan krim masam @ krim putar
1 susu teh esen vanila
1/4 cawan gula kaster

Cara Penyediaan
1. Panaskan oven ke 170 darjah celcius. sapukan mentega pada loyang acuan dan alaskan dasar dengan baking paper.


2.Pukul Gula dan mentega hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.(saya selalu memecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam satu mangkuk lain untuk memudahkan mencampurkan kedalam aduan mentega& gula)
3. Masukkan  campuran tepung/koko sedikit demi sedikit diselangi dengan susu cair, dan diakhiri dengan campuran tepung. Kemudian dimasukkan larutan nescafe dan kacau rata.
4. Dalam mangkuk yang lain cream cheese dipukul bersama gula sebelum ditambah telur dan krim masam serta esen vanilla.Adunan ini agak cair.

5.Masukkan adunan kek kedalam loyang pembakar diselangain dengan campuran cream cheese tadi. Atau ikut kreativiti anda untuk mengolah nyer.
6. Bakar sehingga 45-50 minit, atau sehinggan bila diuji dengan lidi pencucuk tiada adunan yang melekat. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan diatas redai. Biarkan dalam keadaan begini sehingga 10 minit sebelum menaggankan loyang pembakar. Sedia untuk dihidang atau dihias.
 

Comments

  1. kak ana...dapnyeerrr kek ni...meh anto sket sini..males nk mbaking!! (sememmangnya saya mls wat kek2 or sekut2..petahlagi meroti..)

    ReplyDelete
  2. Mina,

    ini pun kerna terpaksa jer..kena buat haha..kalau tak malas nyer sebesar gajah..tuh ler sebab nyer semua resepi ku pakai sukat cawan2 jer.. maleh nak mengeluarkan timbang haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2