Friday, December 3, 2010

Meatballs in sauce

masakan dah buat berabad yang lalu rasa nyer , baru sempat nak upload kan gambar ke sini...kira dah suam2 kuku ( tapi belum basi yer).
Nih ala2 meatballs kat Pizza Hut tuh tapi dijamin lagi sedap dan bersih dan portion daging yang lebih besar yer tuan-puan.( nak makan sendiri jangan kedekut tau..) Resepi untuk bebola daging @ meatballs dah pernah post dulu kat sini yer (meatballs boleh dibakar atau dogopreng dengan minyak yang sedikit, i prefer the bakar ones ).. haha nampak sangat yang  empunya blog nih reti masak spagetthi, meatballs dan shephered pie jer gamak nyer..ulang-ulang tayangan masakan yang sama..maaf ler tuh jer yang sangat sedap kat tekak tuan rumah nih.. kalau masak yang unik2 sangat kan takder plak yang nak menjamah membazir lah plak..
Untuk gravy  atau kuah nyer boleh guna mana2 resepi kuah spagethi..kalai nih saya guna kan yang ini jer..


Bahan-Bahan
2 sudu besar minyak kelapa / zaitun.

1 peket serbuk Maggi Spagetthi Bolognese

1 ulas bawang besar kuning Holland. (dicincang)

1 labu bawang putih.(dicincang)

1/2 sudu kecil Italian herbs*

250 gram  daging kisar.

450-500g tomato puree.

2 sudu besar cili boh
Air secukupnya. Nak pekat, sedikit aje.

2 biji tomato ranum merah.(dipotong kuib)

Cara penyediaan
-Panaskan minyak dalam periuk. -Tumis bawang kuning hingga lembut dan naik bau. Tambahkan bawang putih dan Italian herbs. -Tumis hingga naik bau. Tambah daging cincang. --Masak hingga separuh masak.letakkan serbuk bolognese dan cili boh. kacau seketika dan tambah tomato puree. Didihkan. Tambah air.-Kacau hingga sebati. Biar mendidih. Campurkan buah tomato. Kacau. Masak hingga agak pekat.Cukupkan perasa dengan sedikit black pepper dan garam.

Bubuh kuah spagetthi kedalam kuali cetek, masukkan meatball dan tabur dengan keju kesukaan anda. tutup sekejap untuk mencairkan keju. Sedia untuk dihidang..and gerenti yummy.

No comments:

Post a Comment