Pengat Keladi & Jagung Manis

saya sangat2 suka makan keladi.. tak kira lah keladi masak aper..tapi yang paling best keladi rebus dan dibuat pengat.. sekarang keladi pun dah mahal kan...rasa lepas nih nak tanam pokok keladi kat belakang umah lah plak... senang nak amik bila2 teringin tuh, pas tuh leh wat pengat ler, goreng ler..kuih talam ler....cita2 mesti tinggi, walaupun lum tentu terjadi nyer kan... kalau suka sejuk letakkan dalam peti ais dulu baru layan..nyaman tekak. tanag resepi tuh, arsa semua orang leh buat sebelah mata jer gamak nyer. kalau mak plak dia suka letak gula merah sket atau gula melaka jadi kaler akan jadi perang2 gitu. Bila kita buat pengat, boleh dipelbagai kan ikut tekak nak letak keledek, caca, pisang, nangka . Ken aplak ader baki2 jagung dalam tin pun jadi..



Bahan-Bahan:


1 ketul keladi (sederhana jer)


1 cawan jagung manis ( dalam tin jer)


1 cawan gula


1 mangkuk santan pekat + 2 mangkuk santan cair, (sebiji kelapa)


½ camca teh garam


3-4 helai daun pandan



Cara-Cara Penyediaan:


Kupas  keladi lalu dipotong dadu kecil.


Pisang dipotong serong.


Rebus keladi, apabila hingga agak empuk .


Setelah  empuk masukkan jagung manis, seketika tambah santan cair bersama gula,garam dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan santan pekat.


Didihkan lagi dan angkat.

Comments

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2