Monday, November 29, 2010

Beef Lasagne

Resepi nih dah banyak kali buat memang kesukaan anak2 dan jugak mak2 buah skali. Kali nih ikut resepi dari nihadriz di MYR dengan sedikit olahan untuk kesesuain tekak masing-masing. Kalau suka nak rasa keteluan daging boleh jugak dicampurkan dengan daging burger RAMLY yang dicincang sedikit. tekak melayu nih sentiasa nak rasa pedas jugak, jadi lasagne nyer dimelayukan lah letak cili mesin sikit.

Untuk mengelakkan lasagne menjadi terlalu kering, pastikan semua kepingan lasagne tersebut telah terendam dalam kuah sos , lasagne telah masak bila dicucuk ia terasa sudah lembut. Selamat mencuba dan menjamu selera.


Bahan-Bahan ( untuk 1 loaf pan)

Inti daging


300g daging cincang (kadang2 saya campur daging burger yang dihancurkan juga)


1 tin besar paste tomato

1 peket perencah bolognese brand maggie

1 tin cendawan butang
1 peket kecil mix vegetables

1 biji bawang besar - potong dadu

4 ulas bawang putih - potong dadu
2 sudu besar cili kisar

Oregano/Italian herbs/ bay leaf (ikut suka)
garam & lada hitam
1 kotak kepingan lasagna instant (guna brand San Remo )
3 cawan air

Sos Putih

2 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

Beberape keping Cheddar cheese

2 cawan susu segar ( Dutch Lady jer)

garam & lada hitam secukup rasa
Cara-Cara penyediaan
 
1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak garing. Masukkan  cili kisar hingga pecah minyak dan kacau2.


2.Masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Tambah kan air tadi dan biar daging merenih seketika.Tambahkan paste tomato, perencah  bolognese, semua herbs dan kacau lagi., Akhirkan dengan cendawan dan mix veggie. Pesarakan denagn garam dan lada hitam. Biarkan kuah bolognese seketika agar bahan2 mesra. Tutup api .

3.Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. padamkan api seketika, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam dan lada hitam sedikit. Kemudian padamkan api.

4. Panas kan oven ke 170 celcius. Sediakan loaf pan, sapu sedikit magarine di keliling.

5.Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi dan lapisan lasagne. Selang-selikan semua bahan2 sehingga lapisan terakhir yang diakhiri dengan kuah daging dan white sauce
6.Bakar selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

No comments:

Post a Comment