Monday, November 29, 2010

Beef Lasagne

Resepi nih dah banyak kali buat memang kesukaan anak2 dan jugak mak2 buah skali. Kali nih ikut resepi dari nihadriz di MYR dengan sedikit olahan untuk kesesuain tekak masing-masing. Kalau suka nak rasa keteluan daging boleh jugak dicampurkan dengan daging burger RAMLY yang dicincang sedikit. tekak melayu nih sentiasa nak rasa pedas jugak, jadi lasagne nyer dimelayukan lah letak cili mesin sikit.

Untuk mengelakkan lasagne menjadi terlalu kering, pastikan semua kepingan lasagne tersebut telah terendam dalam kuah sos , lasagne telah masak bila dicucuk ia terasa sudah lembut. Selamat mencuba dan menjamu selera.


Bahan-Bahan ( untuk 1 loaf pan)

Inti daging


300g daging cincang (kadang2 saya campur daging burger yang dihancurkan juga)


1 tin besar paste tomato

1 peket perencah bolognese brand maggie

1 tin cendawan butang
1 peket kecil mix vegetables

1 biji bawang besar - potong dadu

4 ulas bawang putih - potong dadu
2 sudu besar cili kisar

Oregano/Italian herbs/ bay leaf (ikut suka)
garam & lada hitam
1 kotak kepingan lasagna instant (guna brand San Remo )
3 cawan air

Sos Putih

2 sudu besar mentega

4 sudu besar tepung gandum

Beberape keping Cheddar cheese

2 cawan susu segar ( Dutch Lady jer)

garam & lada hitam secukup rasa
Cara-Cara penyediaan
 
1.Tumis bawang besar dan bawang putih hingga agak garing. Masukkan  cili kisar hingga pecah minyak dan kacau2.


2.Masukkan daging kisar dan goreng sebentar. Tambah kan air tadi dan biar daging merenih seketika.Tambahkan paste tomato, perencah  bolognese, semua herbs dan kacau lagi., Akhirkan dengan cendawan dan mix veggie. Pesarakan denagn garam dan lada hitam. Biarkan kuah bolognese seketika agar bahan2 mesra. Tutup api .

3.Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. padamkan api seketika, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam dan lada hitam sedikit. Kemudian padamkan api.

4. Panas kan oven ke 170 celcius. Sediakan loaf pan, sapu sedikit magarine di keliling.

5.Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi dan lapisan lasagne. Selang-selikan semua bahan2 sehingga lapisan terakhir yang diakhiri dengan kuah daging dan white sauce
6.Bakar selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

Thursday, November 18, 2010

Jalan-jalan Di Langkawi 2010

Jalan2 bersama teman-teman lama ku..Wahida Wahab , baby Azurryn , hubby Sazali and encik Azmiee..


Sampai kat kuala perlis subuh nan sepi lagi pukul 6, gulap gelita lagi tau...lepas subuh ..terus carik kedai nak bekpes.. then book tiker feri untuk pukul 8 (STAR CITY). sungguh ramai rombongan cikgu2 sekolah dan murid-murid sekolah di dalam feri.. ader lah ala2 kenduri suasana dalam feri tuh..sib baik saya boleh layan baca nocel Scott Sigler jer..
Dah tiba kat jeti Kuah Pulau langkawi... banyak2 benda nak ambik, teringin plak nak ambik gambar menatang nih,,tengok sudah cuak sebab langit tengah mendung, macamana nak jalan2 sementara menunggu PUan wahida dan family tiba..


Saya sudah sampai ke cable car di gunung mat cincang..walaupun sudah kali ketiga disi tetap mengujakan..masa naik boleh contol macho lagi bila turun adoiii.... kecut perut mak.. pemandangan yang sangat menarik...
gambar saya di hanging bridge..sampai setengah jalan jer..tahap gayat terlampau untuk jalan2 sampai ke hujung..sebab rasa bridge tuh berayun2 dan jantungku berdegup2... soklan nyer..maner kah kasut saya? hahaha
Nih nak tunjuk bunga senduduk purple kat atas nih sungguh subur besar kalau nak bandingkan dengan pokok senduduk kat semak sebelah rumah tuh..

Gambar saya lagi..kali nih saya pakai kasut yer tuan  puan...
Oh ya..dekat kaunter tuh tulih admission fees RM30.oo tapi untuk Malaysian kena tunjuk IC dan dapat diskaun RM15 jer... ( kalau tak silap ler...hehe )

Cuba teka tempat nih kat maner eks..Morocco ker? ehhehe bukan kat area dataran lang tuh jer..sementara menunggu pick-up saya jalan2 tengah panas ambik gambar ehehe..

Burung nak terbang dah..get ready...


take off..saya rasa..burung nih cukup femes kepada sesaper yang pergi langkawi..termasuk jugak pelancung2 asing..sementara saya lepak kat sini ader lah 3-4 mintak tolong ambikkan gambar...kalau charge  sorang 5 ingit dah lepas nak minum kat STARBUCK kat jetty Kuah tuh

Suasana senja di pantai cenang...

Ini ailah suami sahabat baik saya dengan beloved daugtehr , Stephanie Azuryyn.. memang photocopy daddy nih..

Ida and her princess

sazali, the doting daddy..


Kami berjalan2 dan melepak di Underwater World..lagi sorang camera shy plak.. akan diupload di edisi lain..



Monday, November 8, 2010

Kuih Seri Muka

Perhatian  , perhatian..sebenar nye kuih nih mak saya buat jer..haha anak dier sanmgat rajin, rajin nak ambik gambar nak upload kat sini jer.. aper-aper pun saya sangat suka kuih nih..especially tang lapis atas yang letak kaler ijau  daun pandan itu..lemak2 manis. satu peringatan kuih nih kalau letak dalam peti ais , bahagian pulut kat bawah tuh akan keras.. ( belajar dari pengalaman nih..huhuhu ), jadi tak yah letak kat esbok yer..letak kat luar jer tahan gak dua hari.. mak buat kuih nih sempena harijadi adik aku kat rumah  hari sabtu lepas 6 hb November yer. Aku kagum ngan mak aku, takder main sukat2  punya, agak2 jer jer semua..tau tau dah jadik..ishhhh...masterchef betul , yerlh dah 70 tahun lebih duk buat kerja masak -memasak nih..i lap you very much mak..

kepada sesape yang berkenaan atu mengidam kat kuih nih sila lah ambik resepi kat bawah nih yer..




Bahan-Bahan

untuk lapis bawah
3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam

Untuk lapis atas
3 cawan santan pekat
beberape helai daun pandan ( dijdikan jus pandan)
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepun gadum
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh garam

Penyediaan:-
Untuk lapis bawah
1.basuh beras pulut, toskan, gaulkan  denagn santan dan garam. Tanak sehingga masak
2. Bila suda masak masukkan dalam loyang yang disapukan dengan sedikit minyak masak. tekan sehingga padat.

Untuk lapis atas
1.Kisar semua bahan2 dalam blender  dan tapis.
2.Tuangkan perlahan2 ke atas pulut tadi
3. Kukus leabih kurang 1/2 jam. Untuk mengelakkan bahagina atas kuih nih berkedut, boleh tutp lotyang dengan aluminium foil semasa mengukus.
4. Tunggu sejuk yer baru dipotong ..ngap....

Nak interprame..nih kek besday adik aku Norizan..sebab kakak dier fail bab2 nak emdeka  order jer kat orang kak, butter cake setengah kilo.. RM50.00 ( okay tak eks?)

kaler pink