Monday, February 8, 2010

Agar2 Soya dan Biji Sagu

kemas2 almari dapur terjumpa plak dua  kotak besar air soya, jenama yeos nih. Terpikir gak kalau nak minum mau kembung tak habis,  belek2 peti ais plak jumpa ler belen2 cincau buat air hari tuh dan sepeket biji sagu hijau nih. Panas2 yang paling sedap ialah buat agar2 kan..dan yang paling simple. Biji sagu nih letakkan kat dasar bekas agar2 tuh sebelum dituangkan agar2 cair tadi. So bila diterbalikkan biji sagu tuh nampak cantik jer kat atas, contrast dengan kaler putih soya bean tuh, cincau tuh tenggelam kat bawah plak tak nampak..lain kali kena try cara lain bagi duk kat atas gak, baru meriah...

P/s : semenjak  dua menjak nih kurang berkarya, bukan bermakna kurang  bersilat di dapur cuma tak berkesempatan nak update selalu ... harap bersabar yer sesiapa yang mengikuti blog nih..

AGAR - AGAR SOYA

Bahan - bahannya

700 ml air soya kotak

300ml air

1 cawan gula pasir

10 grm strip agar

beberape helai daun pandan ( disimpul)

sedikit cincau dicincang (kalau suka)

100g  biji sagu ( beli kat TESCO dalm sepeket)


Cara - caranya
1. Masak agar2 dengan air hingga hancur dan mendidih. kemudian tapis supaya tidak ada yang bergentel. Masak semula diatas api masukkan gula pasir, daun pandan biar mendidih baru masukkan air soya kotak dan kacau selalu agar campuran air soya tadi apabila mendidih ia tidak melimpah keluar.Matikan api dan keluarkan daun pandan.

2. Sediakan bekas dibasahkan dengan sedikit air, letakkan biji2 sagu didasar bekast. Tuang bancuhan agar2 dalam bekas yang tadi.


No comments:

Post a Comment