Kek Epal Karamel



Tetiba banyak pulak buah2 epal hijau dan merah kat dapur nih, termasuk gak epal2 kutipan di Ladang JM ( green apple for Tuesday, red apple for Thursday), after much procrastination maka terjadi lah kek epal ini. Resipi duk try2 sendiri jerk..nasib sedap hehehe...

Bahan-Bahan
2 biji epal (green or red) - di kupas dan didadu
2 biji epal ( dihiris nipis) + gaul bersama serbuk kayu manis
1 buku butter (250 g)
1 1/2 cawan gula kaster
5 biji telur
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan yogurt perisa asli
2 sudu teh baking soda, di ayak bersama tepung naik sendiri
3 sudu makan  gula perang

Cara-Cara Penyediaan.
1. Epal yang didadu di campurkan dengan sedekit jus lemon dan serbuk kayu manis , gaul dan ketepikan.
2.Epal yang dihiris nipis di gaulkan dengan serbuk kayu manis,  lengsenrkan dulang pembakar dengan  merjerin dan taburkan gula perang, susun hirisan epal yang dihiris mengiku kreativiti sendiri.
3. Pukul mentega bersama gula sehinggan kembang dan berkrim , Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hinggan sebati. Tuang tepung berselang dengan yogurt tadi dan gaul dengan senduk kayu sahaja, tak perlu dipukul. Akhir sekali masukkan  epal yang didadu  da kacau perlahan.
4. Tuangkan adunanke dalam acuan  loyang yang telah disediakan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170  celcius ( sesuaikan ikut oven masing2) . Saya menggunakan oven elektrik, api bawah dan  fan. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak. Saya  menggunakan pencucuk kek bila kek dan  mula  berbau wangi ( semerbak satu dapur).
6. Bila kek dah masak keluarkan dari oevn sejukkan seketika ( in my case 5 minit jerk) sebelum diterbalikkan diatas redai. This cake actually asted better after it has been left over night, wrapped in alumanium foil. Sangat gebu dan sedap. Selamat mencuba.


p/s : tuan rumah tak kretif susun bunga kat bottom tuh haha..

Comments

  1. aduss Ana, buat aku lapar jer... aku mmg tabik spring sbb ko ni mmg pakar bab masak mmasak.. bkn mcm aku...hehehe.. Luckily I have Minor as my dear hubby. Btw, just wanna let u know I'd like to present u an award. It's here: http://rosheyzcraftworld.blogspot.com/2011/10/versatile-blogger-award.html Hrp2 sudi terima ya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kuih Seri Muka

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2