Puding Marble

Puding nih buat untuk letak kan meja pengantin masa wedding anak buah den kek Salak ari tuh... tukang buat pun tak rasa..tapi sebab dah banyak kali buat compirm lah sedap..meh lah layan gambar nih eks..

Resepi asal dari kak Jun Yummylicious, tapi diolah sikit untuk kesesuaian majlis gamak nyer. sangat sedap.. enuff said.

 
PUDING MARBLE

Bahan -Bahan (Bahagian 1)
500ml air
400ml susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air
1 s/b serbuk koko- bancuh dengan 2 s/b air

Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.Bahagikan kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko .Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu (atau potongan freestyle yer). Ketepikan .

Bahan-Bahan (Bahagian II)
10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
3 s/b milo dibancuh dgn sedikit air panas


Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.Masukkan butter. biar mendidih seketika, tutup api. Masukkan bancuhan milo dan kacau sebati. Tuang bancuhan milo ke dalam loyang dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras. Sedia untuk dihidang. In this case hidangan meja pengantin, hias dengan fruit cocktail dan bunga orkid omak den ..

p/s: memandang kan untuk hidangan meja utama so quantity bahan2 agak banyak, kalau nak makan satu family jer sila kurangkan sukatan yer..

Comments

  1. salam ana..apa khabar..sehat ker?makan masa cuaca panas memang sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tag dari Ana Wahid

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Kuih Seri Muka