Sunday, October 24, 2010

Apple Crumble Pie

lama dah terperap nak buat apple crumble nih..ala2 apple pie jer tapi kat atas dier instead of tutup dengan doh gunakakn crumble tepung + gula dan cornlakes ( sendiri suka ler). Untuk inti plak guna apple hijau Granny Smith ngan apple Fuji yang manis tuh. nak lagi sedap tamabh serbuk kayu manis yer ( cinnammon). Suka crumble sebab nanti boleh makan serdak2 crumble dier tuh.. nak bagi inti pie pekat gaulkan jer ngan tepun jagung sket sebelum bakar yer..layannn...
pertama kali menggunakan glass pie pan..


Doh Pie:
  • 1 1/4 cawan tepung
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu besar gula
    1/2 cawan butter, yang disejukkan dan dipotong dadu
    1/4 cawan  ais sejuk
    1. Gaulkan tepung , garam, gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer)
    2. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk, tambah tepung jika perlu.
    3.  Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
    4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie crumble.



      •  Inti Pie

      • 6 biji epal ( saya buat Granny Smith + Fuji )

      • 1 sudu besar lemon jus

      • 3/4 cawan gula kaster

      • 2 sudu besar tepung jagung

      • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

      • 1/2 sudu kecil serbuk bual pala

      • 1/2 cawan kismis

      • Crumble 
      • 1/2 cawan butter ( sejukkan dan potong dadu kecil2)
      • 1/4 cawan gula perang
      • 1 sudu teh serbuk kayu manis
      • 1 cawan corn flakes ( dihancurkan )
      1. Panaskan oven 180 darjah.
      2. Kupas eoal, buang bahagian tengah dan potong nipis. Gaulkan dengan jus lemon dan ketepikan sebentar. Tuang kan kismis dan kacau rata.Kemudian, gaulkan dengan  gula, serbuk buah pala &kayu manis, dan masukkan kedalam acuan pie yang telah dialaskan doh tadi
      3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Masukkan cornflakes yang tlh dihancurkan, an serbuk kayu manis.
      4. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

    No comments:

    Post a Comment