Puding Marble
Puding nih buat untuk letak kan meja pengantin masa wedding anak buah den kek Salak ari tuh... tukang buat pun tak rasa..tapi sebab dah banyak kali buat compirm lah sedap..meh lah layan gambar nih eks.. Resepi asal dari kak Jun Yummylicious , tapi diolah sikit untuk kesesuaian majlis gamak nyer. sangat sedap.. enuff said. PUDING MARBLE Bahan -Bahan (Bahagian 1) 500ml air 400ml susu segar 250gm gula pasir 10gm serbuk agar-agar 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air 1 s/b serbuk koko- bancuh dengan 2 s/b air Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.Bahagikan kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko .Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu (atau potongan freestyle yer). Ketepikan . Bahan-Bahan (Bahagian II) 10gm serbuk agar2 200gm gula 2 1/2 cawa...