Posts

Showing posts with the label Bread

Bun Inti Apple pie

Image
Roti oh roti..orang lain dah lama meroti saya lak baru nak bermula..bukan tak pernah cuba ader gak mencuba tapi bila hasil yang mengecawakan tuh yang tensen..dan lembab jer nak cuba lain tuh... akhirnya.. setelah dapat sebuah BM (pinjam jer dulu) dan resepi yang cukup memberangsangkan...jadik ler roti ku... memula guna resepi nih buat roti kismis jer..lupa nak ambik gambar dah habis  baru teringat...  yang nih buat letak inti apple pie ( sebenarnya memula ingat memang nak buat apple crumble , termalas lah plak..jadi lah inti roti jer epal2 ku itu )..dan kosong jer.. untuk kilatan tuh sapukan  butter + madu ..excellent..   Ini roti saya buat percubaan ketiga guna resepi doh asas dari Kak Fida kat My Resipi (thanks !)...yes! yes! suka nyer...guna breadmaker yang pinjam itu... BAHAN-BAHAN 600 g tepung roti ( 5 cawan rata) 120 g gula halus (1/2 cawan rata) 1 sudu kecil rata garam 2 sudu besar susu tepung (opt) 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan) 1...

Lapis Roti Berdaging

Image
Resepi yang sunguh sedap nyum nyum nih ambik dari resepi kak umi-e yang comel tuh..memang best .Cubalah sesuai nak buat minum pagi atau petang, bawak bekal pergi opis pun sedap. sepatut nyer roti tuh dihancur2, tapi saya kan sangat rajin  masa nih ( dah malam gamak nyer), potong dadu jer. Tambah kan celery stalk sket bagi inti tuh ader crunchy texture jugak.Pulak tuh terlebih tebal lah plak lapisan roti berbanding inti nyer. Nasib baik sendiri jer yang makan. Bahan-bahan ( 6-8 orang ) 3 biji kentang di potong dadu 500gm daging cincang 1 batang celery - potong nipis 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 sudu besar serbuk kari 3 sudu makan minyak untuk menumis 12-14 keping roti 500ml susu segar 3 biji telor secubit garam Parutan cheese (banyak ikut suka) Sedikit margerin untuk melenser Cara-cara Penyediaan Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam Satuk...

Roti Tuna Gulung

Image
Rasanya previous entri dah ada cerita pasal buat roti gulung nih, rasanyer nilah makanan yang paling senang dan lazat (berkhasiat jugak kot?) yang menjadi kegemaran ramai orang Malaysia ini. Senang nak buat untuk sarapan ker, minum petang ker mahupun supper. kalau nak bawak ebkap ke pejabat, siapkan jer waktu malam dan letak dalam chiller, esok pagi2 terus jer goreng panas2 gitu. Inti nyer pun boleh dipelbagai kan letak sardin hancur, telur hancur, inti karipap..heheh... Yang nih pakai tuna in mayaonaise jenama TC Boy jer.Sebab nak makan sorang jer buat lah satu tin yang sedang tuh dapat dalam 7 keping roti, more than enuff for me.. Bahan: Roti 7keping(Guna Gardenia) Majerin untuk sapu ke atas roti Telur 2 biji (dipikul sedikit) Tepung Gandum + sedikit air Minyak untuk menggoreng Inti: 1 tin medium Tuna in mayonaise (apa2 jenis pun ok) 1 biji bawang besar -potong dadu 1biji lada merah/hijau - hiris nipis Sedikit perahan limau nipis garam , lada sulah,gula kalau suka boleh tambah ma...

Roti Gulung Tuna

Image
Nih resepi cam biasa bulan-bulan puasa nih mengidam yang macam-macam jer. Selalu letak inti sardin so kali nih letak tuna mayo ( yang dalam tin tuh) then letak bawang ebsar, serbuk lada and bell pepper, makan satu pun dah cukup mengenyangkan. Bahan-bahan Roti 6 keping ( pakai Gardenia) -tak buang tepi pun, then roll bagi nipis Hot mayonnis tuna ( TC Boy or ayam brand) bawang besar - didadu bell pepper-didadu serbuk lada ( kalau nak lagi pedas) - gaul semua bahan2 inti hingga mesra dan letakkan keatas roti sebelum digulung kemas. 1 biji telur - saya guna pastry brush sapukan telur kat roti sebelum digoreng. Dah siap hidangkan dengan slices of tomato or cucumber, makan panas2 pun sodap.