Sunday, October 24, 2010

Apple Crumble Pie

lama dah terperap nak buat apple crumble nih..ala2 apple pie jer tapi kat atas dier instead of tutup dengan doh gunakakn crumble tepung + gula dan cornlakes ( sendiri suka ler). Untuk inti plak guna apple hijau Granny Smith ngan apple Fuji yang manis tuh. nak lagi sedap tamabh serbuk kayu manis yer ( cinnammon). Suka crumble sebab nanti boleh makan serdak2 crumble dier tuh.. nak bagi inti pie pekat gaulkan jer ngan tepun jagung sket sebelum bakar yer..layannn...
pertama kali menggunakan glass pie pan..


Doh Pie:
  • 1 1/4 cawan tepung
    1/2 sudu teh garam
    1 sudu besar gula
    1/2 cawan butter, yang disejukkan dan dipotong dadu
    1/4 cawan  ais sejuk
    1. Gaulkan tepung , garam, gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer)
    2. Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk, tambah tepung jika perlu.
    3.  Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
    4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie crumble.



      •  Inti Pie

      • 6 biji epal ( saya buat Granny Smith + Fuji )

      • 1 sudu besar lemon jus

      • 3/4 cawan gula kaster

      • 2 sudu besar tepung jagung

      • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

      • 1/2 sudu kecil serbuk bual pala

      • 1/2 cawan kismis

      • Crumble 
      • 1/2 cawan butter ( sejukkan dan potong dadu kecil2)
      • 1/4 cawan gula perang
      • 1 sudu teh serbuk kayu manis
      • 1 cawan corn flakes ( dihancurkan )
      1. Panaskan oven 180 darjah.
      2. Kupas eoal, buang bahagian tengah dan potong nipis. Gaulkan dengan jus lemon dan ketepikan sebentar. Tuang kan kismis dan kacau rata.Kemudian, gaulkan dengan  gula, serbuk buah pala &kayu manis, dan masukkan kedalam acuan pie yang telah dialaskan doh tadi
      3. Didalam satu mangkuk, campurkan tepung, 1/4 cawan gula,dan butter. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti. Masukkan cornflakes yang tlh dihancurkan, an serbuk kayu manis.
      4. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan. Siap untuk dinikmati begitu saja atau dengan aiskrim vanilla.

    Sunday, October 17, 2010

    Satu Pagi Di Rumah Labu

    Meh lah layan gambar2 yangdiambil satu pagi ahad kat rumah..sah2 masa nih dah bosan jadi sambil sidai kain sambil ambik gambar kucing2, model utama ialah PENYEK, my handsome cat... kucing yang sangat lah aktif dan bunga2 kat laman tuh (banyak lagi bunay sampai tak terambil, next change plak kot)...cuaca pulak sangat terang pagi tuh..

    NIh ler gambar2 sang kucing..








    Dan gambar2 bunga-bungaan....  bunga orkid, bunga senduduk, bunga butang... bunga tahi ayam...bunag2 lain tuh tak sompek lak..











    Wednesday, October 13, 2010

    Mango Lassi

    Terima-kasih kepada semua tetamu yang rajin menjenguk2 blog saya nih, walaupun sejak kebelakangan nih tuan rumah sangat tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini,. Harap maaf,  -
    -
    -
    -
    -
    -

    Setelah sekian lama..memendam kan blog ini, akhir nyer ttuan rumah kembalik ke alam ini dengan resepi yang paling mudah, lassi mangga. Ini gara-gara gila membeli mangga hingga tak termakan2  jadi buat  jus pulak. Sedap dicambur dengan air batu dan diminum ketika hari panas.. nyaman jer turun kat tekak.






    Resepi Lassi Mangga ( Versi saya ler)
    Hidangan untuk dua gelas besar jer...

    1 biji mangga masak ( yang sedang jer)
    1 cawan Nestle Natural Set Yogurt
    2 sudu besar sugar (you can also omit this for a more natural taste)
    1/4 cawan susu cair ( my personal preference actually)
    beberape ketul air batu

    Campurkan semua bahan-bahan dalam blender yang bersih (kalau tak kang ader yang lassi perasa cili boh plak), dan blend sehingga berkrim. Sedia untuk dihidangkan.