Tuesday, June 22, 2010

TRIFFLE SEMPOI

ntah hapa angin lak, tetiba tekak terasa nak makan trifle, selalu Trifle nih kalau open house raya jer selalu jumpa hahha...sempoi nyer aku, memang tak pernah cuba buat kat umah pun, dah ader idea kita pun carik ler resepi trifle yang paling sempoi kat internet( sebab tuh jadi nama nyer trifle sempoi). Yang nih rasa-rasanyer ambik dari resepi kak hanieliza tuh jer..senang..tapi tengah2 buat jeli plak tak cukup..haha so paki jer lah serbuk agar2 tuh, kesudahannyer ader trifle tuh  yang lapisan atas keras lah sket.. next session would be better lah gamak nyer... Sebab tak ramai kat rumah nih time week days, so buat lah dalam  bekas plastik kecik2 tuh dan sedekah kat kawan2..



TRIFLE
Bahan-Bahan
 1 gulung swiss roll / kek coklat / kek buah (guna swissroll pandan )

1 tin fruit coktail ( guna nenas cube)

1 gelas susu cair

2 gelas air

1 sudu esen vanilla

3 sudu makan tepung kastad

2 – 3 sudu makan gula

1 kotal serbuk jeli berperisa strawberry
Cara Penyediaan

Lapisan kek
1. Potong swissroll  ke 1” dan susun dalam mangkuk besar

2. Tapiskan buah-buahan daripada airnya. Jiruskan air buah ke atas kek.

3. Taburkan pula ½ tin buah-buahan ke atas kek tadi.

Lapisan  kastard :-

1. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air, esen vanilla. Kacau di atas api yang kecil hingga bahan ini cukup masak dan berkilat.

2. Kemudian curahkan adunan kastard tadi ke dalam mangkuk kek dan taburkan pula ½ tin lagi baki buah dalam tin tadi ke atas kastard dan biarkan ia beku sedikit.

Lapisan Jeli :-
Tuangkan 2 cawan air mendidih ke dalam serbuk jeli dan kacau supaya tidak berketul. Akhir sekali tuangkan jeli ke atas kastard dan sejukk


Thursday, June 17, 2010

Brownies Lapis Pandan Kukus

Resepi nih ambik dari blog AS yang sungguh rajin memasak itu. Apakan daya..haha kosmetik brownies ku ini dah lari alignment ahahah..macam kena landa gempa bumi masa kukus kot haha. Tapi brownies nih memang emak manis dan gebu, saya simpam dalam peti ais semalam dan panaskan dalam microwave masa nak dihidangkan. Lain kali nak kena buat bagi yang cantik punya lah... terima kasih AS, kita copy jer resepi dengan sedikit pengubahsuaian.




Brownies Lapis Pandan Kukus


Bahan-bahan

Butter 190gm,

Gula Kastor 1 cawan,

Susu Cair 1/2 tin,

Telur 2 biji (dipukul),

Tepung Gandum 1 1/2 cawan,

Serbuk Koko 1/4 cawan,

Baking Powder 1/2 sudu teh,

Baking Soda 1/2 sudu teh,

Vanilla Esen 1 sudu teh,

Pewarna Hijau 1 sudu teh,

Estrak pandan (kisar dari daun pandan) atau pandan paste secukup nyer

Cara-cara  Penyediaan

Mula mula campurkan gula kastor,butter, susu cair dan esen vanila di dalam periuk dan jerang kan diatas api sederhana kacau sehingga gula dan butter cair. Kemudian biar ia sejuk (suhu bilik).

Setelah sejuk masukkan telur dan kacau. Ayak 1 cawan tepung, baking soda, baking powder dan masukkan kedalam adunan tadi. Ambil 2 cawan dari adunan tadi dan campurkan dgn serbuk koko.

Adunan yang selebihnya tadi dicampurkan dengan 1/2 cawan tepung,ekstrak daun pandan dan pewarna hijau. Panaskan pengukus. Lingsir acuan (greased), saya guna loaf pan, dan masukkan adunan koko tadi dan kukus dan tutup acuan dengan kertas timah agar air pengukus tidak masuk kedalam adunan. Selepas 30 minit masukkan adunan pandan dan tutup semula dengan kertas timah.Kukus selama 30minit .
 
 

Saturday, June 12, 2010

Makan2 : Sajian Wadihana, Bandar Baru Bangi

Saya jalan2 makan2 kat sini, pusat bandar baru bangi.... sedap..jum layan gambar yer...

view restoren , corner lot , simple deco dan ruang yang luas. Suka lampu yang gantung2 tuh, definitely beli kat IKEA, and the bathrooms is clean too (penting gak tuh). Cuma servis kalau ramai orang agak lambat sikit





nih ader lah appetizer..cucur udang dan goreng ubi... ngences air liur..makan panas2 laei..tapi kena tunggu lama sikit lah...ader pencicah sambal skali...

Thursday, June 10, 2010

Curry Tuna Casserole

Jum layan resepi tuna pasta yang telah dimelayukan menjadi tuna pasta berperisa kari yer..siap letak cili haris lagi...  memang best sebab  letak cheese jugak..so belum cuba belum tau yer... Resepi saya ambil idea dari ALLRECIPES jer... inilah yang telah dilakukan kepada stock tuna dalam tin hari tuh, yang separuh nyer telah dibuat tuna burger..





Curry Tuna Casserole

Ingredients

1 package medium seashell pasta
1/2 tablespoon curry powder
11/2 tablespoon chili powder
1/2 medium onion, finely chopped
1 clove garlic, minced
2 chilies, chopped
2 (6 ounce) cans tuna, drained and flaked
8 ounces button mushrooms, sliced
1 cup mixed veggie
2 cups milk
1 cup shredded Cheddar cheese
salt and pepper to taste

Directions

Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Butter a loaf pan with 1 tablespoon butter.

Bring a large pot of lightly salted water to a boil. Add pasta, cook for 8 to 10 minutes, until al dente, and drain.

In a large skillet,heat oil over medium-low heat., saute onion and garlic until fragrant. Add chili powder and curry powder and simmer for a while. Add tuna and mushroom. Simmer 5 minutes. Pour the milk and cheese  and stir.Add salt and pepper to taste. Pour the cooked pasta and mixed throughly. Spoon into a baking pan. You can sprinkle with cheese if you like.


Bake at 350 degrees F (175 degrees C) for 30 minutes, or until bubbly and lighly browned. Best served hot.
 
 
my half eaten pasta... now i am hungry again looking at this.. need to bake some soon.... nyum nyum

Friday, June 4, 2010

Kerja BaikPulih Rumah @ Blog


harap bersabar, tuan rumah tgh buat upgrading /facelift sket..bagi Daboomm lagi.... hahahha... so sabar yer..kalau kejap2 tgk design lain2 tuh...

Tuesday, June 1, 2010

Kem Lubuk Semak, Ulu Dong Raub- Bergumbira2

Acara jalan2 makan2 dan mandi-manda bersama geng2 old timers ku. Destinasi.. kem Lubuk Semak, Ulu Dong, Raub., Pahang.Jumaat 28 May 2010.

Pergi 4 kereta..haha semua naik asing2 ler..first time aku drive sampai Raub tuh. Ceritanya dari labu..gi singgah ke Saujana Impian,ambik Ina, then singgah  Gombak isi minyak, then singgak LRT Gombak ambik abg Mie, the..lemak Rnr Toll Gomabk...panjang sungguh perjalan aku..

.. yang nyata nyer... dah masuk jeram yang sejuk nyaman itu tak mo naik sampai semua kecut woo..tuh belum termasuk aksi2 terjun tiruk, back flip , front lip dan jatuh terjelup flip lagi. The BBQ by Amir is definitely excellent too. Cheers to you guys..

P/s : ada antara gambar nih dicilok dari FB Amir Ridzwan dan Encik Hisham yer.. mekasih. lain kali korang organize lagi.
Senarai perserta : fadzil , anak buah dier,ina @ mak akob,  suraya, azmiee, amir & mas, sham  & wife & son, sanisah & Yob dan aku ler..
atas tuh signboard ke Kem Lubuk Semak itu.. jalan kampung yang mencabar.. (bagi aku ler).

Ni ler kereta comel ku dari belakang  ..(sebab Sham jer yang duk mengekor  dengan Sephia kat belakang aku)!Nih mesti masa berhenti kat traffic light.Sempat lagi..
tara..inilah our bunking place for one night.. long house style, basic tapi mencukupi untuk kita orang... ader 12 orang nih
Nih geng2 anak dara dan isteri2 orang yer... layan sambal hitam  makan tengahari..sodapp..

gambar jeram kat sini


nih dua orang yang paling tak sabar terjun sungai
geng2 old timers and kaki merewang aku ler...kat tepi jeram yang nyaman sebelum acara..terjunan di mulakan

haha korang jagan tanya nih acara aper.. konon2 nak buat handspring dalam air.. hampeh jer..
 nih ngan cik suraya, (happy birthday gal , today you are one year older)... badan jer kecik tapi jiwa besar dan kental woo...
Duk mel;epak menikmati keindahan jeram2 kat sini

meh ler.. mandi sungai...
haha nih kes pengail tegar, sanggup buat pancing sendiri walaupaun tak dapat ikan...
makan time, dinner  is BBQ..semua home made... diselangi buah-buahan
Nih ler bahan2 yang etngah di BBQ kan ikan, ayam, lamb pun ado....
Master Yoda tengah poting kek birthday yang ke 17 ( hahahah...)..Thanks for the arrangement Mir.
Till next time..untuk ke edisi jalan2 masuk hutan yer kenkawan... banyak lagi gambar2 sebenar..kang muak lak korang tengok nyer... yang pakai baju oren tuh, owner tempat nih pak Akob yer..

kalau korang nak gi sini..memang digalakkan, tak ler jauh maner dari KL about 21/2 jam ke 3 jam jer..kalau nak overnite ader camping site dan camping equiomwent untuk disewa. Disediakan kemudahan tandas dan bilik air dan tempat bersolat.