Sunday, March 21, 2010

Masak Kicap Ikan Parang


tengok gambar jer mesti korang dah tau masak aper kan.... my peberete ikan parang goreng kicap.. walaaaaa.. tapi kan bila wat sendiri jer mesti tak samer ngan mak buat..ishh ishh..bila lah nak pandai cam tuh gamak nyer. Masak kicap ikan lain pun sodap jugak terpulang pada tekak masing2 lah ikan tenggiri boleh , ikan aya pun boleh. Masa buat nih terlupa lah plak nak letak air sikit jadik tak berkuah plak ler masak kicap ku tuh..asalkan ader rasa cukup.. lada hitam tuh nak bagi pedas dan panas sikit.

Kalau kat rumah mak, ikan parang nih amat popular... buat asam pedas , masak cili api (letak peria buat ubat .pahit2 sket)..dan goreng kunyit. Tapi tu ler memandang kan harga ikan pun dah dekat tahap maksimum kena ler carik option lain kekadang tuh... saper ader idea ikan parang best masak aper lagi eks?


MASAK KICAP IKAN PARANG

Bahan-Bahan:

500 gm ikan Parang ( 2 ketul)
1/2 cawan kicap pekat manis
4 s/b sos tomato
1 cawan air
1 cawan minyak
1 s/b kunyit
1 s/k garam

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili hijau
2 biji cili merah

Sedikit lada hitam serbuk ( atau berape biji lada hitam ditumbuk kasar)

Cara Penyediaan:

1. Ikan dibersihkan dan digaulkan dengan kunyit dan sedikit garam. Gorengkan saperti biasa tetapi jangan garing.

2. Keluarkan separuh minyak dan masukkan bahan yg dihiriskan. Kacau rata hingga naik bau.

3. Masukkan kicap, sos tomato , air dan kacau rata.

4. Masukkan lada hitam dan gaulkan rata. Rasakan garamnya.[selalunya takperlu masukkan garam]

5. Tuangkan kuah atas ikan didalam pinggan dan hidangkan.

.

Friday, March 19, 2010

Sepetang di Bagan Lalang


Semalam aku saja nak menghilangkan stress keje, kat umah dan macam2 lagi..jadi lepas balik dari MITI tuh singgah Nilai dan  terus drive ke Bagan Lalang, nak ambik angin petang yang sepoi2 bahasa.. semenjak ader projek SEPANG GOLD COAST tuh.. sungguh sesak plak  pantai Bagan Lalang nih.. aku selalu gak dtg sini tapi takat ambik2 angin tengok pemandangan , sebab bagi aku pantai tuh tak sesuai untuk bermandi-manda ( ehehhe maaf ler memilih skit bab nih), then of course suka makan2 seafood jugak kat sini, ader lah jugak development kat hujung pantai tuh dier wat tempat gazebo dan taman untuk  piknik atau berdating ahhaha dan  ader exercise eqiptment (cam gambar kat sebelah nih).. Selalu nyer tak ramai orang petang2 hari bekerja sebab masa cuti sekolah gamak nyer ader lah jugak  family outing berpiknik dan BBQ kat tepi pantai tuh..santai yer..

dari Nilai ke Bagan Lalang, takder ler jauh dlm 30-40 minit jer ( haha itu aku bawak ikut speed limit 80km/ hr).Jadi korang layan jer lah gambar2 pantai nih ngan gambar2 aku yangs yok sendiri tuh...

Sungguh berangin sampai pokok tuh  pun meliuk2...
hahaha gambar syok sendiri aku ngan baju keje jugak lagi...

nampak tak? kaler baju aku samer lak kaler ngan pokok nih.. camouflage konon..

Sempat ambik gambar ikan bakar jer..lapar punya pasa...nyumm nyum

Wednesday, March 17, 2010

Ubi Kayu Rebus

Lama dah tak makan makanan ruji orang dulu-dulu yang paling simple cenggini kan.. tapi awas makan banyak-banyak kan masuk angin satu badan, sekadar nak melepaskan kempunan...nyumm nyummm..yang belen2 hiris nipis2 jemur sampai kering and buat kerepek ubikemudian ( leh letak gula or letak lada ). Ubi nih ambik kat belakang umah jer..punay besar sepokok tuh, mau sakit pinggang nak menarik keluar. Resepi yang simple kalau tak jadik tak tau ler..sedap gak makan ubi rebus ngan samabl tumis atau sambal sardin..aikss kecur air liur dah.... jemput tengok eks... sesaper yang rajin nak cabut ubi sendirik meh ler dtg ambik belakang umah eks
Bahan-bahan


1 kg Ubi kayu


Secubit garam


1/2 biji Kelapa parut


3 sudu besar gula merah


Cara-cara  Penyediaan

Buang kulit ubi kayu


Rebus ubi kayu hingga empuk bersama secubit garam


Angkat dan toskan dan boleh hidangkan semasa panas.


Gaulkan kelapa parut dan gula merah dan hidangkan bersama ubi tadi.


Boleh juga dimakan bersama sambal tumis dan juga ikan gelama masin.



Khasiat Perubatan,( diambil dari laman web TanjongXpress. ) Untuk dikongsi bersama.


Ubi:
Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.
Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.
Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.



Daun:
Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.
Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.



Bahagian akar:
Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.



Monday, March 15, 2010

Kuih Keria @ Kuih Gelang

hampir setiap hari Sabtu, mak akan buat kuih2 untuk jualan pasar tani kat Pekan Nilai tuh, antara kuih2 yang dihantar kuih bakar ( specility emak den), kuih badak, kuih bom dan kuih gelang nih. Mak tak jual sendiri cuma tnggal kan dekat jiran yang memang buat gerai kat situ. kenkadang kalau balik awal tuh tolong2 lah jugak wat kuih nih... aku suka bab yang mengguli keledek ngan tepung tuh, sambil uli sambil makan keledek rebus skali ahaks.. kalau ader keledek yang kaler oren tuh lagi best tau. Part aku tak suka bila nak sira ngan gula selalu fail ..adusssss.. Nih ler resepi mak aku yang lebih kurang.. alah takat resepi kuih nih korang mesti leh buat sambil pejam sebelah mata gamak nyer kan... layan jer lah eks..

Bahan-bahan


1) 600 gramm keledek
2) Setengah cawan air
3) 5 sudu makan gula pasir
4) 1 cawan Tepung gandum ( atau secukupnya)
5) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara Penyediaan:
1) Rebus keledek hingga empuk.Toskkan air dan letakkan sedikit garam, lenyek hinga halus sementara masih panas. Biarkan sejuk. Tambah tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli.Jangan terlalu lembut atau terlalu keras.

2) Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan serta lubangkan di tengah-tengahnya seperti gelang.

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.Goreng adunan tadi sehingga kemasan.

4) Dalamkualiyang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih yang telah
digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul perlahan. Biar air gula bertukar menjadi serbuk
putih, padamkan api.