Tuesday, December 29, 2009

Kek Kukus Wangi

Sekarang nih tengah fasa kek kukus madness, jadi korang layan jer lah semua resepi kek2 kukus yang yours truely dah try kat MYR tuh... buat sampai bosan, dah bosan besok buat kek lain plak.. sampai terlelap menunggu kek2 nih masak tau..tapi i like and everybody pun like..pendek kata disukai ramai ler gamak nyer...

Kali nih saya mencuba plak resepi yang nih dari HaSue yer. Resepi yang asal tak yah nak lapis pun cuma marbled kan ajer hinau ngan kuning ( kaler Kedah nih)..tapi nih kira dah terlebih rajin buat berbagai kaler pelangi nih (mengalah ice cream paddle pop). HaSue resepi nih memamg merbeles walaupun aku telah engkar pada resepi asal nyer hehe


Bahan-bahan ( 1 loyang 8x8 / 20cm )
330g mentega/marjerin
2 gelas/cawan gula
6 biji telur gred A
1 sudu teh perisa pisang
2 1/2 cawan tepung gandum
Pewarna hijau/ kuning /merah
1 bungkus haw flakes/ dpatahkn kecik2-gaul dgn sedikit tepung

Cara-cara Penyediaan

Pukul mentega/marjerin dgn gula dan masukkan telur satu persatu.(Pukul sebati baru masukkan telur seterusnya)

Kemudian masukkan perisa pisang,gaul rata dan masukkan tepung gandum.Pukul hingga adunan sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian kemudian masing2 dwarnakan ikut suka.

Tambahkan haw flakes yg dah dipatah halus ke dlm adunan . (Griskan loyang dgn mentega dan dtabur rata dgn tepung. Pastikan air pengukus sdh mendidih dan tutup loyang dgn aluminium foil.

Masukkan adunan ikut suka.. aku wat stail lapis2 plak.Kukus setiap lapisan lebih kurang 8-10 minit.

Lepas  lapisan atas terakhir adunan selama  45 minit atau sehingga msk.(nak tau msk ke tidak,cucuk lidi hingga dasar kek.kalo keluar bersih,xda kek melekat..dah masak la tu)



Monday, December 28, 2009

Lapis Roti Berdaging

Resepi yang sunguh sedap nyum nyum nih ambik dari resepi kak umi-e yang comel tuh..memang best .Cubalah sesuai nak buat minum pagi atau petang, bawak bekal pergi opis pun sedap. sepatut nyer roti tuh dihancur2, tapi saya kan sangat rajin  masa nih ( dah malam gamak nyer), potong dadu jer. Tambah kan celery stalk sket bagi inti tuh ader crunchy texture jugak.Pulak tuh terlebih tebal lah plak lapisan roti berbanding inti nyer. Nasib baik sendiri jer yang makan.





Bahan-bahan ( 6-8 orang )

3 biji kentang di potong dadu

500gm daging cincang

1 batang celery - potong nipis

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu besar serbuk kari

3 sudu makan minyak untuk menumis

12-14 keping roti

500ml susu segar

3 biji telor

secubit garam

Parutan cheese (banyak ikut suka)

Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara Penyediaan

Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam

Satukan Susu+telor+secubit garam

Pukul susu+telor+garam hingga sebati

Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi

Ramas-ramaskan kesemua roti tadi

lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas

Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti

Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti


Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)

Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat . Makan dengan sos cili pun sodap!

Wednesday, December 23, 2009

Kek Kukus Lapisan Bumi

Seperti biasa godek2 jumpalah resepi kek kukus nih kat MY Resipi gak, resepi asal dari sofinar yer, saya linkkan kat sini. Sebetul nyer lapisan kek nih patut nyer warna hijau dan kuning , tapi sudah ikut kaler sendiri....asalkan namapak lawa ok dah rasanyer. Resepi ini seperti biasa telah dimodifiedkan sket ikut selera tukang masak, mintak halal yer tuan yang asal. memandangkan ader lebih2 haw flakes, letakkan jer kat lapisan atas skali nak bagi nampak comel, resepi asal kosong jer eks... sekarang nih tenagh dilanda penyakit kek kukus lapis, abis serata internet duk mecarik-carik time tengah rajin nih... layan lah mata sambil layan resepi yer.. kek nih moist, gebu dan memang lazat, boleh jugak dipelbagaikan perisa tuh kalau suka, tambah milo atau horlicks.


Bahan-bahan

5 biji telur ayam
1/2 tin susu pekat manis ( susu tin kecil) kalau tin besar lebih kurang 1/4 tin kot
150g serikaya
1/2 gelas gula halus
11/2 cwn tepung 
250g mentega
1/2 sudu teh esen ros
2 sudu makan nescafee
1 sudu teh baking powder
pewarna hijau atau kuning

Cara-cara Penyediaan

1.Panaskan pengukus, griskan loyang, saya gunakan loyang 4 segi.
2.Mentega dan gula dipukul hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang dan sebati
3.Masukkan tepung, esen ros, baking powder, susu dan serikaya. kacau atau putar hingga sebati lagi.
4.Bahagi 2 adunan tadi satu bubuh pewarna hijau atau kuning, manakala satu lagi dengan serbuk nescafe
5. Sendukkan bahgian nescafe sebayak 2 senduk  ke dalam loyang dan kukus 5-7 minit, ulangi dgn lapisan bewarna dan kukus lagi 7 minit . Lapisan terakhir kukus 30 minit. Boleh lah letak haw flakes atas lapisan terakhir kalau suka yer.

Tuesday, December 15, 2009

Kek Kukus Haw Flakes







Setelah berkurun memerapkan  resepi kek kukus nih akhirnyer terlaksa lah jugak hajat yang besar buat kek nih.Tak ler sesusah maner pun buat, senang jek rupanyer, cuma yang nak melapis tuh jer kena menunggu lepas tuh biarkan jer bertutup sampai masak kan.Suka sangat sampai buat 3-4 kali dah siap buat bagi  buah tangan kat kenkawan. yang nih adalah percubaan pertama, agak keras sikit sebab susu tuh  tak cukup budget ( kes malas nak pergi beli  kat kedai ler). Buat 2 kaler pink dan kuning , tapi kan pembahagian yang tak seimbang , nampak kaler pink lagi banyak plak...keskes nasib baik sedap.. Lepas nih nak  buat lebih banyak lapis lah kot bagi nampak comel hahaha.. (memerlukan kesabaran yang tinggi nih). marilah mengukus beramai-ramai.Resepi nih seperti biasa ambik kat MyResepi jer..resepi asal dari kak Fida.

Bahan-bahan
( loyang 10x7 )

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)

225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)

220 g tepung gandum*(2 cwn rata)

1 sk rata baking powder*

1 sb ovalette

150 ml susu cair

1/2 sk garam

100 ml minyak jagung

1 sk esen vanilla

pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka

secukup hawflakes (saya guna yang 4 perrsegi besar2 nih beli kat YUMMY gak)

Cara-cara Penyediaan

Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Cover setiap lapisan dengan aluminium foil untuk mengelakkan titisan air kukusan jatuh ke atas kek.

Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min ( saya tambah jadik 40 minit)supaya kek masak keseluruhannya.

***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka... (ehhehe part nih kita wat ikut suka begini ler jadik nyer yer..)

Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


Thursday, December 10, 2009

Makan-Makan:Station One Cafe-Terminal 2, Seremban

Masa Raya Haji yang lepas berlaku lah aktiviti bawak anak2 buah ku jalan2 tengok wayang dan carik 2 makan. Lepas layan tengok Christmas Carol kat Terminal 2 Seremban singgah makan kat Station 1 Cafe , tingjat bawah bangunan Terminal 2 nih. Terminal nih belum fully operational tapi dah banyak jugak kedai yang bukak, kali nih yang ikut induk semua yang kanak2 comel bawah 10 tahun jer..tapi makan boleh tahan jugak.

Station 1 cafe nih menyajikan hidangan barat (western), kanak2 nih semua suka lah nak try shake lah, hotdog lah.. sib baik tak bawak dia org makan kat Secret Recipe..meh layan cerita bergambar kat bawah nih..

Nih adik Nurul Iman, muka boring sebab bangun tidur, orang tengok wayang dier tidur bagusnyer atas seat,,


Nih lah Qistina Aqila, budak yang banyak cakap..ader jer yang dibebelkan, nih pun tidur gak masa tgk movie tuh, hobi  ialah interfrem masa ambik gambar..

Nih antara minuman yang dipesan..pandai anak2 buah aku minum glamer2 nih..tgklah si Aqila duk intai2 air tembikai tuh..sungguh menarik tertarik gamak nyer..bekas tuh pun sungguh stylo

Dari kiri coklat shake, hot chocolate, air tembikau, apple juice dan vanilla shake..untuk 5 orang yang besar2 , yang comel2 tuh share  jer..hehe

Honey Chicken wings yang sungguh lazat dan crispy habis kena geget tinggal tulang jer... Sedap cicah ngan sos cili / tomato


Dua sausage yang  sungguh digemari ramai, dengan salad, corn on cob dan mashed potato. A hit with the kids of course sib baik order 2 pinggan skali.satu sausage ayam dan satu sausage daging..

Yang nih induk punya haha..healthy punyalah kononnya, danish with tuna and salad..erks silap pilih..so n so jer..sib baik boleh dihabiskan..Nih lah yang berlaku selepas kita orang  habis makan dengan jaya nyer..alhamdullilah...
Nih lah si Aiman Adib (baju melayu hijau)..anak teruna sorangyang nak ikut the ladies nih...duk makan ngan si Nurul Izah..
Adik Nurul Iman dah bosan..main ngan straw plak nih..
Indik, Along Rina ( anak buah ku yang akan nikah 18) Dec nih ngan Aqila... sesekali bawak anak2 buah makan tempat2 cam nih ok ler..seselalu bengkok gamak nyer..


Rating kat sini erms..boleh lah bagi 3 *** dari 5 **** tuh yer..sesaper yang nak mecuba diialu-alukan.. the serving memang besar..

Tuesday, December 8, 2009

Shepherd Pie Lagi

ramai tercari2 entri baru yer..mintak maaf, kebelakangan nih sibuk dengan tugas pejabat dan berpindah ke pejabat baru (bukan bertukar keje baru yer)...insyallah..dalam beberapa hari nih akan cube mengemaskinikan blog nih..




Buat lagi shepherd pie nih, senang dan sedap..lagipun masa nih nak bawak pergi rumah kawan. Kali nih  diperbagaikan resepi tuh  cuma tambahkan beberape keping Keju Kraft tuh dalam intinyer..jadik bertambah creamy dan berlemak lah inti ayam nih.Untuk lapisan  kentang putar tuh, gunakan yang segera jer senang keje. Lepas tuh taburkan jer keju keping Kraft (takder stok parmesan kat umah dah) tuh kat atas sebelum dibakar..Jum layan gambar yer... Resepi boleh carik kat sini jugak!