Tuesday, November 24, 2009

Puding Roti Pandan Kukus


Dulu pernah buat puding roti bakar makan ngan sauce dier , jadi carik lah jugak something yang different sikit, jalan2 jumpa plak resepi puding roti yang dikukus berperisa pandan nih dari rumah kak CT Delima kat sini ,Resepi Original CT . Seperti biasa telah membuat sedikit pengubahsuaian kepada resepi asal. Cuma gunakan santan kotak jer, dan tambahkan kurma instead of kismis (sebab tarak stok, nak letak coklat chip pun boleh kot, maybe next try). Roti tuh saya campurkan roti gardenia dan roti hailam dan dipotong setiap roti kepada empat, sebab nak letakan dalam loaf pan yang kecik comel tuh. Resepi memang senang dan gerenti sedap yer, bau padan tuh memang menusuk jiwa bila dah dah masak., ada rasa2 cam makan bingka tepung plak...
Puding Roti Pandan Kukus

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (aper2 roti pun boleh)

15 helai daun pandan

1 kotak santan (240ml) + 11/2 cawan air

2 biji telur (dipukul ringan)

1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lagi letak lebih)

1/2 sudu teh esen vanila

20 gm kismis (untuk tabur-guna kurma)
sedikit garam

pewarna hijau (pandan emulco pun ok)

Cara Penyediaan

1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan sedikit air untuk mendapatkan pati nyer, dalam setengah cawan.
2. Campurkan santan kotak dan air, kacau sikit, letakkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata. Jangan lupa garam jugak.
4. Potong roti kepada 4 bahagian (terpulang tak potong pun ok ).Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis/kurma sebagai hiasan. Boleh jugak kalau nak letakkan kismis/kurma diantara lapisan roti yang disusun tadi.
5. Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong. makan2 masa panas pun sodap... dapat dalam 2 bekas loaf yang kecik tuh.

Thursday, November 19, 2009

Kek Hati Pari

Akhir nyer berjaya dalam misi nak buat kek hati Pari ..lepas belek2 resepi kat blog dayang jack ngan kak Inahar tuh... punyalah lama nak merajin buat kek nih..walhal barang2 dah lama beli..sib baik jumpa browning sugar tuh kat YUMMY so beli jer lah sebotol tuh... kejadian nyer satu petang Sabtu yang suram dan sejuk ( sebab asyik hujan jer kan). Rasa nyer bab nak menyediakan adunan tuh tak ler sesusah maner.. bab yang menyeksakan jiwa bila nak mengukus tuh.. to be on the safe side ..di kukus selama 4 1/2 jam lagi dari jam 4.30 petang.. sampai kul 9 malam baru ler tutup api gas tuh.... Yang jadi kan cerita masa tuh abang2 dan ipar duai semua ader rumah sebab berbincang untuk up coming wedding anak buah di Gombak bulan doblas nanti. kejap2 dia orang tanay dah masak belum.. dah masak belum.. aiseh penat lah nak jawab.. last2 cakap korang balik lah dulu nanti esok aku gi hantar kat umah.. punya lah baik adik ipar yang osrang nih kan... baru jer masak ader lah dalam sepuluh minit Kak Ngah plak nak balik Gombak (nih mak Along yang nak kahwin tuh), mintak potong kan sikit..alamak..tak lawa lah kek aku..panas2 kena potong. Kerna terpakasa..potong ler jugak...so hancur ler sikit kek nih...tapi dia cakap memang ler sedap.... nanti kenduri leh buat untuk penganti lah plak.. tu ler gatal tangan sangat. Resepi nih ambik dari rumah Dr. Inahar tuh jerkkk eks.. buat sepruh sebab taks anggup nak tunggu 8 jam .. :). Verdict memang amat sedap dan moist..dan tahan di simpan.. setelah dibekal2 kepada ipar-duai ader ler beln2 sim lam bekas dalam peti ais ku itu.. jemput ler mencuba skali yer.. Masa buat adunan nih lepas letak browning sugar , dier ader bau2 cam toffee.. best wooo...

KEK HATI PARI

Bahan - Bahan

5 biji telur ayam
250 mg mentega (golden churn)
2 gelas gula halus (tukar guna cawan)
1/2 tin susu manis
100 gm horlicks
31/2 gelas tepung gandum (saya guna cawan jer)
400 gm kismis hitam (potong halus)
2 botol besar browning sugar (lbhkurang 4 sudubesar @ 60ml)
1 suduteh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder


Cara Penyediaan:

1. Pukul gula & telur hingga kembang. masukkan mentega dan pukul lg hingga kembang. kemudian masukkan susu,horlick dan gaul rata.
2. Masukkan kismis yg telah dipotong halus dan gaul dgn segelas tepung.
3. Gaul rata dan kemudian barulah masukkan pula dua gelas tepung yg dicampur dgn soda dan b/powder.
4. Selepas itu barulah masukkan browning ke dlm adunan tadi dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dlm acuan dan kukus selama 4 jam.Kita tutupkan bekas acuan tuh ngan alumanium foil jugak supaya tak masak air wap yer.


Tuesday, November 17, 2009

Bahulu Lapis V.3

Nih resepi ulang tayang lagi kerana akak2 ipar ku dan isi rumah nih suka sangat makan kuih nih. being such a good hearted tukang masak pun ehem..terpaksa lah membuat kuih tradisional ini berulang-ulang jugak kan.. tapi best gak sebab buat jer... terus abis.. tak merasa pun nak bawak ke opis..sebab kalau buat pakai semangkuk telur tuh dapat ler kek yang kecik jer.. tak larat nak bancuh banyak2 ( lagipun mixer ku comel sangat, bancuh telur jer dah meluap2 penuh nyer). Kalau buat kuih nih mak memang suh letak telur ayam kampung yang dier kutip keliling umah tuh. Dah tentu raya nanti kena gak wat kuih nih..so mak kena kutip telur tuh awal2, nak2 musim ujan nih..takkan jadik habuan biawak jer ..ayam2 tuh..ces emmang tak sekolah telur merata2 tau.... Aku lak terlebih rajin melapis kan bahulu nih nipis dan letak jam dan Golden Churn butter (mak insist pakai brand yang nih jugak) tuh banyak2..rupa jer lah ada macam kek lapis..tapi rasa ..walaaa memang marveles lahhh... buat sendiri baru tau eks.... Jum layan gambar jer yer... resepi meh tgk kat sini Bahulu Lapis V.2





Monday, November 16, 2009

Puding Susu Peach




Sebenarnya yang nih originally dari resepi Puding Susu Cocktail mummy Jun yang resepi nyer sungguh2 sedap itu.. sebab takder stock fruit cocktail buat kan guna buah peach dalam tin jer.... sebab ikut resepi dari kak jun takder tukar2 pun.. nih ler resepi asal yer..saper tak buat jangan meyesal sebab memang sedap tau... dah buat jangan lupa jemput den makan eh.. pengajaran nyer siapkan lah stock fruit cocktail tuh sonang time sosak2 ado plak tetamu datang umah kan..

Bahan-bahan
( 1 loyang besar )

1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail /peach

Cara-cara Penyediaan
1.masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2.pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3.Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail/ buah peach.
4.Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Sejukkan dan hidangkan.

Friday, November 13, 2009

Kek Pisang Coklat Kukus





Buat kek pisang untuk kek harijadi? hehehe.. memang jarang2 berlaku kan..tapi tulah yang aku buat haha..sebab aku yang tukang masak suka hati aku ler kan..janji sedap... asalnyer kek pisang nih dibakar dalam oven dan tak letak coklat pun.. tapi untuk konon2 nyer menambahkan kesedapan aku tambahkan coklat yang diparut halus( tak guna coklat chip sebab nanti terasa sangat plak) dan di kukus selama 11/2 cam. Rsa nyer memang merbeles dan cukup lembab... nak buat buttercream pun malas lah so cairkan coklat barr lam microwave campurkan susu cair sket ngan butter sapukan ajer atas kek dah siap letak lilin leh tiup lah. Nasib baik adik aku pun tak kisah kek aper asalkan leh tiup.. ( hehe sebab pun umur dier dah 30 tahun da..bukan bebudak ). Aku pun letak ler edible image gambar2 sponge bob kat atas kek tuh , anak2 sedara aku ramai2 duk makan edible imej jer..kek tolak tepi..adeihh dah kira silap tek nih.. tak sempat nak ambik gambar kek yang dah siap dihias tuh.. so cuma der gambar sebelum dan selepas dipotong jer lah ek... (bila ambik gambar malam jer semua jadik blur..tensen tensen). Sodap gak kek pisang makan ngan cekelat nih tau...

Kek Pisang Coklat Kukus

Bahan-Bahan
4 biji pisang medium size di lecek
1/2 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan tepung
1 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan plain yogurt (no flavour)
secubit garam
1/2 cawan gula putih
1/4 cawan gula perang
3 biji telur
100g coklat bar ( disagat-shaved)

Cara Penyediaan

1.Panaskan kukusan. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. 2.Ayak bersama tepung, soda, baking powder, dan garam halus. ketepikan.
3.Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Masukkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan yogurt drink. Masukkan parutan coklat tadi.
4.Tuang dalam tin kek dan kukus selama 11/2 jam. Texture kek ni lembab dan gebu.

Wednesday, November 11, 2009

Steamed Butter Cake


Once in blue moon, you wanted something different from the usually oven-baked goodies/ cakes etc.. one turned to the also endless possibilities of baking cake using steamer.. why not? its a perfect choice and most steamed cakes, are moister and fluffier ( in my opinion only). So yours truely trawled the wide world of web loking for a simple ( hehe ..it has to be..I am definitely in a lazy mode at this point) yet finger licking good steamed butter cake.. hmm but easier said than done. Found hundrends of recipes for steam chocolate cakes but only handfuls for basic butter cake.
After looking recipes after regipes the yes started to get blurry, and I think why not just take the familiar Steamed Chocolate Cake by BEBOP and adapted it to a butter cake instead...

After tweaking her and there, the result is this recipe as follow..since myself thought that the mixture lacks colour to make attractive , I just add dash of bown colouring... Ignore the pics of being blurry and no so professionally posed ( hahahah.. as like all the other photos in this blog of mine). The bottomline is this cakes is very moist and delicious too.. come and get it..

STEAMED BUTTER CAKE

Ingredients

250 gm butter
11/2 cups caster sugar
11/4 cup Evaporated Milk (Susu Cair)
4 large Eggs ( slightly beaten)
2 cups flour
1/2 cup of horlick (plain) - (if you prefer plain, omit thia and, just increase the flour to 21/2 cups)
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon vanilla essence
brown food colouring ( if you like)



Preparation


1. Sift flour , baking powder and baking soda together. Set aside.


2.Heat the butter in a medium pan until melted. Pour in the evaporated milk, sugar and vanilla essence, stir all the way until melted. Set aside to cool for 5-8 minutes.


3.Fold-in the beaten eggs and stir to combine.


4. Fold-in horlicks and flour until well combined. You can add food colouring at this point if you wish.


5.Greased and lined a 7 inch tin and pour batter into tin.


6. Steamed for about 11/2 hours.To check for doneness insert skewer into middle of cake, if skewer comes out clean when inserted into the cake then it done.


7. Remove cake and cool it on a wire rack.

Monday, November 9, 2009

Puding Keladi



Ini lah yang terhasil bila dah takder idea nak buat aper dengan keladi lebih2 buat pengat dan gorengan tuh. Godek2 jer..campak2 campur2 jadi ler puding nih.. boleh gak kalau nak pakai serbuk agar2 tuh so dier akan jadi lebih lembut dari guna agar2 strip.. kalau nak dapat rasakan keladi , jgn lenyekkan keladi yang telah direbus tuh hancur sangat..ala2 ader berketul2 sikit lah.. sedap, berlemak puding cam nih..si la yer....

PUDING KELADI


Bahan-bahan
1 paket agar tali (20g)
1 tin susu cair
6 cawan air
11/2 cawan gula
1/2 biji keladi (yg size kecik jer,)
2 biji telur
3 sudu besar tepung kastad
sedikit pewarna ungu

Cara-cara Penyediaan

Rebus keladi hingga empuk dan lenyekkan Agar-agar di masak dengan 6 cawan air sehingga hancur.
Kemudian tapis agar-agar kedalam periok lain.
Masukan gula kedalam agar2 tadi dan dipanaskan semula sehingga gula larut.
Blend susu cair, telur dan tepung kastad sehingga hancur. Masukkan keladi dan kacau sebati.Tuang adunan tersebut kedalam periok agar2 tadi. Letakkan pewarna secukupnya.
Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan..
Bila dah mendidih, tutup api. Tuang adunan kedalam acuan..sejukkan..


Tuesday, November 3, 2009

JALAN-JALAN:KOTA KINABALU,SABAH-PART II

Bye-Bye nak balik dah nih...insyaallah datang lagi nanti...

nak gi check-in counter..tuh jek..barang2 ku...
Jumpa ngan Maria, fellow bloggers /geng MYR.. thanks maria sanggup dtg ambik kat hotel dan belanja makan..nasi goreng itu memang sungguh pedas..haha. maaf ler lambat upload gambar nih..

Nih lah anak maria yang sulung..hehe kelakar masuk kereta dah mengantuk..dapat jer keluar terus berlari-larian hilang mengantuk semua..sebelah tuh hubby maria yang sungguh sporting jugak... nih geng shutterbug jugak..sana2 usung kamera....


Anak bongsu maria, yang sungguh cute nih.. ingatkan dah sekolah rendah..rupanyer baru tadika jer.


jalan2 kat pasar malam jumpa chicken wing.. popular sungguh chicken wings bbq kat sini rupa nyer...

jalan2 lagi..kat gerai buah..nampak buah kelapa..nyaman nyer dapat minum air kelapa plak...



haa kau..ikan bakar dia orang jual cam nih jer kat pasar malam nih..BBQ FISH..tapau bawak balik pun sodap gamak nyer.. udang besar pun ader..

Nih plak dah sampai ke Mamutik island.... damai dan santai jer sebab tak ramai orang..lepak2 tepi pantai sambil layan nasi goreng woosaaaa...


kenapa aku ambik gambar buah nih..sebab tiba2 dier jatuh kat atas meja tempat lepak..so jadilah subjek secara rela yer....



Kat Mamutik sebelah sini tak boleh berenang.... nak sun bathing bley lah gamak nyer..


lah last of the 3 island.. Manukan here I come... nampak tak dia org snorkelling sampai bawah jeti.. masa nih air tengah pasang, plak..jenuh snorkelling lawan arus... nyata nyer ikan2 kat sini suka geget2 orang gak...


Bila anda travel sorang2 nih lah jadi nyer..hahahha.. view dari jeti..sib baik kamera den tak jatuh ke laut...


gambar syok sendiri yang sengaja diblurkan haha..kang ramai lak yang komen2 yang tak sepatutnyer... kat Manukan lepas penat kejar2 ikan.


kat Manukan ader remmants of bombs dropped during the World War..sib baik tinggal casing jer... Ader Sutera Resort kat sini very tranquil..sesuai untuk sesaper nak gi 1st, 2nd or 3rd honeymoon kot..




P/S : hehe ader sesaper nak join aku jalan2 ke Kuching lagi skali tak? jummm

Monday, November 2, 2009

JALAN-JALAN-KOTA KINABALU, SABAH-Part I

meh layan gambar2 masa aku pergi bercuti ke Kota Kinabalu ujung bulan 10 baru-baru nih..sajer jalan2 ambik2 gambar...duk ulang2 alik ke Pasar Filipine tuh... then yang paling best pergi lawat 3 pulau kat Tuanku Abdul Rahman Park tuh. bagus nyer kat sini ader Life Guard Station... banyak gak ikan2 yang suka menggeget peha kat sini..huhu


dah sampai 1st stop kat Pulau Sapi nih...jati lawa..baru eks..

jum naik bot..pegang kuat2 tau...
I like the black and white posters of development of the jetty starting from 1800
Pintu gerbang Jesseltown jetty Point
ada rasa nak hijack satu boat nih tak, senang nak layan pulau2 kat semenanjung plak..

tempat yang bagus untuk lepak..tapi bukan masa panas terik cam nih tau... Jesseltown Point Meh makan kat Tg. Lipat..ala2 makan kat serkam ler gamak nyer

makan malam hari khamis dengan family my sister yang dah sampai dulu hari Selasa, yang se kecik tuh cucu sedara ku, Sharifah Fatin
pasar filipine,kat sini beli pearl dan gelang2 wat buah tangan
jalan2 cuci mata

penat jalan2 berhenti minum kat sini dalam Warisan Square jer.. roti kahwin nyer sedap pasar yang menjual segala macam dried seafood siap packing lagi.. beli ikan bilis, udang kering, ikan masin..erks..rabak ler jugakk

Nih tapak pasar malam everyday, baru kul 3 lebih, penjaja kat sini dah bersiap nak setupkan gerai masing, i love the sky..really blueeeView dari belakang Pasar Filipine

Nih gambar bilik single aku kat 5th floor,Cititel Ekspress, Kota Kinabalu..bebetul kat Asia City...senang nak gi jalan2 semua, yang best sebab TV flat screen dan the shower is heaven-send
osong kan..sebenarnyer nih masa stop-over kat Labuan..ramai orang turun kat sini...
Nih ler gambar aeroplane kat Terminal 1, KLIA itu .. sib baik flight kul 9 pagi, so sok-sek2 keluar umah kul 7 pun sempat lagi...
P/s :sambungan part II next